بسم الله الرحمن الرحيم
Peristiwa yang berlaku ini mengingatkan saya pengalaman sewaktu di Syria dulu.
Pada Hari Isnin yang lepas, kami berdua ada exam lisan quran dan exam bertulis al-quran di INSANIAH dr pukul 11am-5pm. Jadi kami bawa bersama Abdul Rahman n Abdullah ke sana dan bergilir2 menjaga mereka apabila salah seorang kami masuk ke bilik dekan Usuluddin untuk menduduki imtihan syafawi AL-quran.
Dan sempat pula menyuruh Abdullah dan Abdul Rahman bersalaman dengan Dr.Ali Sayyid (Dekan Kuliah Usuluddin di INSANIAH) dan syeikh2 yang lain di dewan peperiksaan.
Prof. Madya Dr. Ali Sayed Abdel Hamid Youssef
Dean of Kulliyyah Usuluddin
Maklumat lanjut, layari:
dan
|
Semua sheikh di situ apabila bersalaman, secara spontan dan kebiasaan orang arab, mereka akan memanjatkan DOA sebanyak mungkin kepada kanak2 seperti:
اللهم اجعله قرة عين لأبويه ويكون امتداداً لهما
Maksudnya: semoga Allah menjadikan anak ini penyejuk hati ibu bapanya dan penyambung (perjuangan dan zuriat) mereka.
MasyaALLAH!
Seronoknya dan betapa sejuk hati kita kalau anak2 kita didoakan oleh para alim ulama' dan orang2 soleh seperti ini kan? Moga Allah makbul doa mereka itu.
Begitulah yang dilakukan oleh kebanyakan orang Arab (seperti di Syria) apabila kanak2 bersalaman dengan mereka.
Kemudian saya bandingkan pula dengan orang melayu kita kalau berjumpa dengan kanak2, biasanya mungkin mereka akan memuji akan berkata kata2 yg biasa sahaja. Jarang sekali ada yang menitipkan doa. Kalau ada, ALhamdulillah....
Jadi konklusinya, perbanyakkanlah berjumpa dengan para alim ulama dan orang soleh. Moga kita sentiasa mendapat manfaat daripada mereka...Amin
suke perkongsian ni..betape cantik andai semua kite dapat praktikkan mcm ni..nanti2 izin share ye ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah...silakan share InsyaALLAH..
ReplyDelete