Wednesday, November 30, 2011

Giveaway ebook '3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran.'

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah .....Syukur saya panjatkan kepada Ilahi atas nikmat2Nya yg amat banyak, tak terkira banyaknya.

Alhamdulillah...rasa amat bersyukur sekali kerana penjualan ebook ' 3 LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK HAFAL AL-QURAN' mendapat sambutan di luar jangkaan dan amat memberansangkan walaupun belum sebulan lagi ia berada di pasaran.


Saya amat bersyukur kerana kesedaran untuk mengukir anak2 dengan Islam masih tinggi dalam masyarakat kita. Saya berdoa semoga ia akan membuahkan nilai2 Islam yg tinggi dalam keluarga2 Muslim, InsyaALLAH


Justeru itu, saya berniat untuk menderma satu set ebook tersebut kepada pembaca blog cinta-rasul ini.

set ebook yang bernilai RM50


Cara untuk menyertainya mudah sahaja:

Anda hanya perlu komen di dalam entry ini untuk menyatakan keinginan anda untuk menyertai giveaway serta panjatkanlah doa buat keluarga kami, InsyaALLAH...itu sahaja!


Penyertaan akan ditutup pada 10/12/2011 (hari sabtu, jam 12 malam) dan akan diumumkan pada (11/12/2011 - tarikh genap sebulan ebook ini berada di pasaran.)

**InsyaALLAH penentuan pemilik ebook ini akan dibuat melalui cabutan bertuah pada 11/12/2011.
Maklumat lanjut tentang ebook ini, anda boleh dapat dari: 

Semoga ia bermanfaat kepada seluruh masyarakat...AMIN..

17 comments:

  1. Wah cinta-rasul buat GA sulung! ;)

    Bayt Al-Iman WAJIB menyertai GA anjuran cinta-rasul kerana kami juga mahu melahirkan generasi huffaz, mujahid-mujahiddah umpama Al-Quran merayap!

    Semoga Allah memudahkan jalan jihad cinta-rasul sekeluarga dalam membentuk keluarga huffaz untuk menjadi teladan dan memberi manfaat kepada golongan awam seperti kami yang tidak ada langsung latar belakang huffaz. Dengan cara ini, mudah-mudahan ianya cukup memberi semangat dan motivasi kepada ibu-bapa yang kehausan idea dan ketandusan cara/kaedah dalam membentuk generasi huffaz insyaAllah!

    Semoga redho Allah dan Ar-Rasul sentiasa mengiringi perjalanan dakwah dan tarbiyyah cinta-rasul sekeluarga insyaAllah!

    ReplyDelete
  2. Seronoknya ada giveaway tapi saya baru jer membeli ebook tersebut. Diharap sesiapa yang menerima giveaway ini dapat memanfaatkan pemberian ini. Insyaallah kita sebagai ibu berusaha mendidik anak2kita bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun saya hanya mempunyai asas agama yang sedikit dengan pembacaan dan tunjuk ajar dari suami dan rakan2 sedikit sebnayak dapat membantu saya cara2 terbaik mendidik anak2...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada peluang dapat give away... Saya mempunyai keiginan yang kuat supaya anak-anak saya bakal menjadi hafizah suatu hari nanti seterusnya memperjuangkan Islam di zaman yang penuh mencabar ini.

    Semoga usaha murni cinta-rasul dan pn lina akan diberkati Allah... serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin :)

    ReplyDelete
  4. Semoga usaha mulia menjadikan ramai umat muhammad s.a.w generasi yg cintakan ilmu dan al quran sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah.

    Jauh di sudut hati saya menginginkan perkara yg sama.Andai saya tidak mampu memberikan yang terbaik kepada org lain tetapi cuma untuk keluarga saya itupun alhamdulillah.Menemui blog yang begitu mendidik ini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk mendidik anak saya cintakan Al Quran dan ilmu.

    Saya sangat ingin menyertai GA ini kerana hadiahnya sangat bernilai. Terima kasih kerana atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt..

    Baru berkira-kira mahu membeli ebook tersebut, namun terbaca tentang GA ini. Ibu Yusuf dan Maryam turut serta.

    Semoga keluarga penganjur sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Ilahi, diberikan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Semoga usaha murni menjadikan Al Quran berada di dalam jiwa dapat diteruskan dan berkembag tersebar demi kemaslahatan umat sejagat.

    Amin.

    ReplyDelete
  6. Saya mmg sgt2 tertarik dgn e-book ini. Semoga kita dpt menambahkan pengetahuan dan bilangan hafiz/hafizah pada masa akan datang...

    Terima kasih buat penganjur yg sudi menaja hadiah ini. Semoga anda sekeluarga diimpahi rahmat dan dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah...Amin..

    ReplyDelete
  7. Salam

    Terima Kasih kerana menganjurkan GA yang menawarkan hadiah yang sangat berharga, bukan saja bermanfaat di dunia malah manfaatnya hingga ke akhirat kelak. InsyaAllah. :)

    Semoga CintaRasul dan Puan Lina sekeluarga sentiasa dikasihi Allah dan dicintai Rasulullah SAW kerana semangat memperjuangkan Islam yang tidak pernah padam. Biarlah keindahan bunga Islam itu kembali bersinar mekar. Semoga setiap usaha dan jihad yang dilakukan kerana Allah ini akan membawa kebaikkan buat CintaRasul dan Puan Lina sekeluarga, serta semua umat Islam umumnya. Akhir kata, moga setiap tadahan doa kudus yang dititipkan membelah tujuh susunan langit Illahi. Ameen.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum wbt..

    Moga Ustazah dan Ustaz sekeluarga sentiasa dibawah rahmat dan perlindungan Allah SWT..Semoga terus menjadi Qudwatun hassanah buat saya dan rakan pembaca yang lain..

    Syukur atas kehadiran e-book yang saya nanti2kan ini.. Semoga lebih ramai lagi anak2 generasi Al-Quran yang akan lahir dan memartabatkan dunia Islam..

    ReplyDelete
  9. salam puan tahniah diatas kelahiran ebook tersebut...terima kasih Ya Allah kerana memberi petunjuknya utk sy sampai ke blog ini.

    mmng saya tengah mencari2 Ebook seperti ini bg mempertingkatkan teknik dan kaedah yg betul dlm mengajar anak ttng Al-quran..

    semoga usaha puan dan keluarga diberi ganjaran besar oleh Allah.

    ReplyDelete
  10. Salam. GA yg menawarkn hadiah yg sgt bermanafaat kpd generasi2 Al Quran yg akan dtg.Semoga setiap usaha dan jihad yang dilakukan kerana Allah ini akan membawa kebaikkan buat kita tuk cinta ALLAH,RASUL & AlQURAN.
    Punyai anak yg sdg mendalami AL QURAN dlm bidang TAHFIZ membuatkn saya trpanggil tuk menyertai GA ini..mungkin ada rezeki tuk anak saya itu.Aminnnnn
    Kpd penganjur,TAHNIAH diatas giveaway yg pertama & kelahiran ebook ini!
    Semoga puan penganjur sekluarga dimurahkn rezeki & mendpt berkat dlm penjualan ebook ini.

    ReplyDelete
  11. As salam..

    Saya dapat tahu mengenai GA ni di blog ummu muhammad.. Saya sangat berminat untuk join GA ni..

    Hadiah yang ditawarkan sangat2 sesuai untuk ibu2 & bapa2 yang ingin mendidik anak2..

    Saya doakan semoga usaha murni cinta-rasul akan mendapat balasan yang setimpal dariNYA.. & semoga semakin ramai insan2 yang mendapat manfaat tersebut.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  12. As'kum wrh..

    Terima kasih atas kesudian puan menganjurkan GA ini dan ummi inshaAllah menyokong dan ingin turut meraikannya bersama..

    Ummi pun menanam niat agar anak-anak inshaAllah menjadikan Al-Quran teman satu jiwa dan mengamalkan isi kandungannya dgn baik..amin.

    Usaha puan sekeluarga amat murni dan leluhur, dan ummi sekeluarga di sini agar puan sekeluarga bersama anak-anak yg hebat kekal setia meninggikan syiar Islam dan kental menghadapi segala mehnah perjuangan di jalanNYA kerana Islam itu ya'lu wala yu'la álaih..

    Salam huluran silaturrahim dan ukhuwwah FILLAH daripada kami sekeluarga buat puan dan keluarga di utara tanah air..

    ReplyDelete
  13. Subhanallah..sangat teruja bila ternampak blog ini mengadakan GA dengan hadiahnya yang sgt menarik.

    Doa Ummi semoga keluarga anti beroleh kejayaan dunia akhirat, sentiasa sihat dan cerdas dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di bumi ini. Ummi juga berkeinginan hidup yang lebih sempurna bermaksud dapat mendidik anak2 menjadi generasi Al-Quran. Amin

    ReplyDelete
  14. Salam sejahtera buat Ustaz Amri, Ustazah Lina, Abbudey dan Abdullah.

    Saya Muhammad Noor Hafidz, berumur 12 tahun dan merupakan salah seorang pelajar FCUHOMESCHOOLING. FCUHOMESCHOOLING mempunyai 5 orang pelajar semuanya iaitu abang saya Tajrid(16) dan anak-anak saudara saya Afiqah (7), Afiq (5) dan Alyssa (9 bulan). Pada saat akhir, takdir Allah telah membawa saya ke blog ini dan dengan hati yang sangat mengharap, saya dengan rasminya menyertai GA yang dilancarkan oleh Ustaz dan Ustazah.

    Kami berlima berdoa ke hadrat Ilahi agar diberi segala keberkatan pada Ustaz dan Ustazah sekeluarga dalam usaha meramaikan lagi bilangan Al-Hafiz dan Al-Hafizah di atas muka bumi ini.

    Kami berdoa agar Ustaz dan Ustazah sekeluarga di masukkan dalam golongan kekasih Allah.

    Kami berdoa agar Allah murahkan rezeki dan dilimpahkan segala kebaikan di dunia dan akhirat kepada keluarga Cinta Rasul.

    Kami berdoa agar Allah jauhkan segala kejahatan kepada keluarga Cinta Rasul dan sentiasa dalam kesejahteraan rohani dan jasmani.

    Kami berdoa agar Abbudey dan Abdullah berjaya menjadi Al-Hafiz dalam usia yang muda.

    PERKENANKANLAH YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG. AMIN...

    Doakanlah juga kepada kami agar terang hati dan dapat menghafal seperti Abbudey dan Abdullah dalam usaha menjadi Al-Hafiz dan Al-Hafizah.

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum,
    MasyaAllah, saya sangat kagum dengan usaha ustaz dan ustazah dalam melahirkan masyarakat yang berlandaskan Al-quran dan sunnah. Saya sangat tertarik dengan GA yg amat bermakn ini kerana saya sudah berazam untuk mendidik anak saya Muhammad Umar dan yg akan datang agar menjadi hafiz, da'i serta pejuang dan penegak agama Allah seperti dua Umar (Saidina Umar r.a. dan Umar Abdul Aziz).

    Semoga usaha dakwah Antum sekeluarga diterima oleh Allah swt dan menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkahan buat keluarga antum dan seluruh keturunan. Sesungguhnya Allah akan memelihara keluarga serta keturunannya orang yang melakukan usaha dakwah dengan ikhlas lillahi ta'ala.

    Saya juga mohon do'a dari antum sekeluarga.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.... saya amat bersyuker kerana ditemukan dengan blong ini, dan saya juga sudah memiliki ebook tersebut. ebook dalam bentuk buku ada tk.
    sya berharap anak anak saya akan menjadi hafizah satu hari nanti, ustaz ustazah doakanlah untuk anak anak saya.

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam puan nuraisya

    Alhamdulillah, sy cuba utk berkongsi sedikit ilmu yg ada ini, InsyaALLAH. saya berdoa semoga puan mendapat manfaat dan idea dr ebook itu InsyaALLAH

    InsyaALLAH klu ada rezeki, InsyaALLAH ia akan dibukukan pada masa hadapan. Doa2lah semoga dimudahkan urusan untuk membukukan ebook tersebut

    Km juga mendoakan semoga ALLAH mempermudahkan urusan puan sekeluarga untuk mendidik anak2 dgn acuan Islam, InsyaALLAH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...