Saturday, December 3, 2011

Ghuraba' = Orang yang Asing (pelik)

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila sebut tajuk Nasyid Ghuraba', mesi ramai yang sudah tahu dan hafal lirik nasyid yg sangat popular zaman berzaman ni.

Nasyid bahasa Arab yg berinspirasikan dari Hadis Riwayat Muslim (daripada Abu Hurairah)  yg bermaksud:

Sabda Rasulullah SAW:
(( Bermulanya Islam itu asing (pelik) , dan ia akan kembali asing(pelik) . Maka, berbahagialah orang yg 'asing'.))

Asing di sini bukan bermakna pendatang asing. Tetapi ia bermaksud orang yang mengamalkan ajaran Islam akan dianggap asing dan pelik. Orang yang berbuat amal soleh ketika masyarakat rosak!

Lihat sahaja hari ini....orang yang bertudung labuh, berjubah dianggap pelik...tapi yg berpakaian ketat dan tak menutup aurat itu biasa.






Satu lagi contoh yg simple: Dalam dunia remaja, kalau seorang remaja itu menghabiskan masa pada malam menyambut tahun baru dengan bertahajjud dan membaca quran akan dianggap pelik, ganjil dan buang tebiat.

Tapi, yg menyambutnya dengan merempit, berpesta dan lain2 maksiat itu dianggap biasa.

Begitu juga seseorang yg tidak berkawan dengan lelaki (atau jantina yg berlainan) akan dianggap kolot dan 'kampung', tapi yg dok ke hulu ke hilir bawa awek dan ikut balak itu akan dibanggakan...

pelik kan?? Benarlah Sabda Rasulullah SAW.


MARI SAMA2 KITA HAYATI MAKSUD NASYID YG SANGAT MEMBERI SEMANGAT N INSPIRASI INI.

Maksud Lirik Nasyid Ghuraba 

Orang-Orang Asing 8X

Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.

Orang-Orang Asing 8X

Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya, Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya. Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan, Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.
Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan, Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.

Orang-Orang Asing 8X

Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira, Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang. Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira, Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.

Orang-Orang Asing 8X

Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.

Orang-Orang Asing 8X 


(maklumat lanjut tentang nasyid ini, boleh lihat web di atas itu.)


P/s: Saya tertanya2 kenapa nasyid ni amat popular w/pun sudah berpuluh2 tahun berlalu. Mgkin kerana yg mngarang lagu ini sangat tulus dan ikhlas...Setiap amalan yg ikhlas dan tulus biasanya akan berpanjangan dan tersebar meluas..Contoh yg mudah kitab hadis 40, matan2 yg masyhur n sbgnya.



Abdullah dapat menghafal Ghuraba' ini w/pun hya mendengarnya 2,3 kali sahaja...MasyaALLAH otak budak2 mmg cepat menghafal...MasyaALLAH.

 (1st time Abdullah dengar nasyid ini ialah ketika ihtifal di Tahfz Rabu lalu, balik rumah dia minta saya tunjuk nasyid ni, saya pon search dan tunjuk padanya...2,3, kali lepas tu, terus dia boleh hafal...)


Jadi, pastikan anak2 anda hya melihat n mendengar dan melihat PERKARA YG BAIK2 SAHAJA, InsyaALLAH!

Semoga kita tergolong dalam golongan GHURABA' yang didoakan kebahagian oleh Rasulullah SAW

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...