Thursday, February 9, 2012

Bagaimana mahu melatih anak2 menunaikan solat 5 waktu??


بسم الله الرحمن الرحيم


Sebenarnya sy ingin berkongsi tajuk ini pada waktu mula2 melatih Abbudey solat 5 waktu. Tp saya fikir semula sejauh mana kejayaan dan keberkesanan cara yg saya guna?

Jd selepas ia benar2 berjaya, barulah saya kongsikan sekarang.

Alhamdulillah, Abbudey sekarang sudah berjaya menunaikan solat 5 waktu seharian.


Alhamdulillah juga dalam usaha mendidik Abbudey utk mendirikan solat 5 tahun adalah tidak sukar. Hya perlu ajak solat berjemaah ketika di rumah, dan bila baba ada di rumah pergi solat berjemaah di Masjid.

YA. SAYA ULANG SEKALI LAGI. SAYA HYA SENTIASA MENGAJAK ABBUDEY DAN ABDULLAH SOLAT BERJEMAAH PADA SETIAP WAKTU SOLAT hingga mereka biasa solat 5 waktu sendiri. Solat Subuh juga berjaya ditunaikan pada waktunya. (Yelah, waktu Subuh habis pukjul 7.30 , dan perlu bangun bersiap ke sekolah sebelum pkl 7, jd sempat utk solat Subuh.)

Kerana kejayaan Abbudey menunaikan solat 5 waktu tanpa perlu dijerit2 disuruh2 sekarang, ada hadiah baginya, seperti yg pernah saya catatkan di sini.


Kebetulan sewaktu saya menulis entry ini, saya terjumpa video ini:



Video yg sangat bermanfaat untuk kita muhasabah kembali peranan kita dalam mendidik anak2. Adakah kita sedang mencorak seorang penjenayah @ seorang ulama??!!. Saya harap anda dapat menontonnya.


Konklusi: 1- Komunikasi AYAH bersama anak sangat penting dlm mendidik anak2. LEBIH PENTING DR SEORANG IBU!

2- Sgt tidak logik jika inginkan anak2 tunaikan solat @ mnghafal Al-Quran, tetapi tiada amalan sedemikian dalam rumah.

3- Ayat utk melembut hati anak2 ialah surah Alam Nasyrah TAPI DENGAN SYARAT banyakkan usaha dan berdoa. Hya membaca ayat penerang hati sahaja tidak dpt mbuahkan hasil yg baik!

4- Jgn hya mengarah. SENYUMLAH kepada anak2 waktu sebelum mereka tidur, pada waktu mereka bangun tidur dan pada waktu tengahari.

5- Jangan jadikan rumah kita KUBUR! semua sibuk dengan hal masing2. Game, fb, tv!

Sila tonton video ini utk melengkapkan maklumat, ini hyalah kesimpulan yg sangat ringkas!




InsyaALLAH jika kita biasa dengan suasana ibadah, suasana Al-Quran dalam rumah kita, InsyaALLAH mudahlah anak2 mengikutnya.
saya harap perkongsian yg sedikit ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sama2lah kita berdoa dan berusaha agar anak2 kita dapat menjadi IMAM BAGI ORG2 YG BERTAQWA. amin2.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...