بسم الله الرحمن الرحيم
Benarlah kata:
"Sedangkan tempat yg jatuh pun lagikan di kenang....."
Pengalaman bertahun2 menuntut dan menjadi ahli Syria, menjadikan hati bagai ditoreh2 mendengar berita di Syria kebelakangan ini.
Masjid Khalid Al-Walid |
Saya punya memori tersendiri dengan Syria dan juga Homs, (tempat pertumpahan darah saban hari sekarang ni) .. Memori itulah yg buatkan hati sangat sayangkan Syria dan penduduknya yang penuh dengan ulama' yang terkemuka
Terus terang saya katakan, saya sangat jarang menonton video tentang apa yg berlaku di Syria skrg ni, rasanya sekali sahaja saya lihat. Tau kenapa?
TAK GAMAK!
kalau anda ingin rasa popular seperti Mawi, datanglah ke Homs.
Penduduknya yang amat baik hati dan ramah akan membuatkan rasa diri anda seorang selebriti.
Anda akan dikerumuni oleh penduduk Homs dan bertanya macam2 kepada anda kerana mereka jarang melihat orang luar. Tidak seperti Bandar Dimasyk yg sll penuh dengan orang asing.
Alah.. macam beza KL dengan Kuala ketillah
dan kebiasaannya penduduk di sana akan menyangka anda ialah orang China!
Suasana seperti di atas tadi juga akan membuatkan anda rasa berada di bumi yang asing. Rasa mcm bukan berada di Syria. dan anda juga akan terfikir "adakah duit lira masih laku di sini?'
Keramahan penduduk Syria juga dapat dirasakan ketika kedatangan Sheikh Mahir ke Malaysia pada Ramadhan yang lalu. Beliau mengingati nama setiap pelajar Malaysia yang pernah mengaji dengan beliau dan minta saya menghubungi mereka. Kalau anda tak percaya, anda boleh tanyakan sendiri pelajar2 Malaysia yg pernah mengaji dengan Sheikh Mahir.
Betapa seorang guru itu lebih mengingati anak muridnya dari anak murid itu sendiri.
kami berlatar belakangkan Masjid Kalid bin Al-Walid |
satu perkara yg mungkin anda tidak lakukan dalam bas di Malaysia, tp dilakukan ketika perjalanan ke Homs: Menyiapkan sandwich utk penumpang2 bas |
Marilah sama2 kita doakan selalu semoga Syria kembali tenang kembali dan penduduk selamat sejahtera. Amin3.
Lagi cerita tentang Syria yg pernah saya catatkan, boleh lihat di sini.
No comments:
Post a Comment