بسم الله الرحمن الرحيم
Bila sebut cuti, mesti semua orang ingin bercuti, bebas dari kerja sekolah dan kerja2 pejabat. Tapi masa itu tetap tidak boleh dibazirkan sewenang2nya (anda akan ditanya di akhirat nanti).
Jadi, bagaimana ingin bercuti, tetapi tidak membazirkan masa?pening tak soalan ni? :)
Bagi yg menyertai kem2 cuti sekolah, menghadiri kenduri2, balik kampung, bercuti dengan keluarga dan mcm2 aktiviti lain, ALhamdulillah, ia satu perkara yg bagus. Faedahnya dapat menimba ilmu, memberi semangat baru dengan berehat dan mengerat hubungan kekeluargaan.
Tapi bertambah bagus lagi jika kita letakkan TARGET untuk cuti ini.
PERTAMA: TARGET
Target biar jelas! |
jangan letakkan target yg terlalu besar! padankan target dengan tempoh cuti itu.
Jika cuti hanya 14 hari sahaja, padankan target anda dengan tempoh masa tersebut.
Jika ada mempunyai anak kecil, letakkan target utk cuti sekolah mereka supaya mereka dilatih menjadi seorang yg mempunyai cita2 dan hadaf dalam hidup.
salah satu target cuti sekolah yang baik |
Sebagai contohnya:
1- Letakkan target supaya anak berumur 4 tahun boleh tamat buku bacalah anakku no 2 dalam masa cuti sekolah ini.
2- Ataupun: letakkan target supaya anak berumur 5 tahun dapat menghafal surah al-qariah hingga az-zalzalah dalam masa cuti ini.
3- Atau sebagai seorang remaja meletakkan target ingin pergi solat di Masjid pada setiap waktu solat, mendengar kuliah2 di masjid dll.
4- atau belikan sebuah buku (motivasi atau kemahiran atau majalah solusi atau yg seumpamanya atau apa sahaja selain komik) dan letakkan target supaya mereka menghabiskan membacanya pada waktu cuti sekolah ini.
Target ini perlulah di letak dan disemat kukuh2 sebelum cuti atau pada awal waktu cuti.
KEDUA: PLAN
Selepas ada target, anda perlu ada plan.
Jangan biarkan plan anda mengambil masa yg banyak dalam sehari, kerana anda akan cepat jemu dan rasa cuti ini bagai tidak bercuti.
Kalau plan anda itu hanya mengambil masa 1 atau 2 jam sehari pun itu sudah cukup bagus.
Plan biar munasabah dan senang dilaksanakan |
Sebagai contoh, membaca buku 'bacalah anakku' selama 10 minit dengan anak. Kemudian pada waktu petang membaca alquran dengan anak2 selama setengah jam.waktu maghrib pergi mendengar kuliah di masjid dengan anak2. sebelum tidur, membaca buku dengan anak2.
AKHIR SEKALI: TERCAPAI?
Jangan kedekut memberi hadiah kepada anak2 jika target cuti sekolah mereka tercapai.
Jadi. Anda berseronok dalam cuti sekolah tanpa penat bekerja mahupun membazir masa .
OK x?
CUTI SEKOLAH YG BERKUALITI! |
No comments:
Post a Comment