بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah jika ada kesempatan dan masa, kami sekeluarga akan mengikuti baba menyampaikan kuliah di masjid.
Di sini beberapa tips dan persediaan yg perlu dilakukan utk membawa anak kecil ke masjid:
1- Sila kenal pasti masjid yg anda ingin pergi itu, pastikan ia luas (mesra kanak2) dan tidak mengganggu jemaah lain.
2- Bawalah makanan2 yg simple (biskut ke, air kotak ke) kerana kanak2 cpt lapar bila mereka bosan. Walaupun dalam tempoh masa yg sekejap (antara maghrib dan isyak hya 1 jam sahaja), tp klu mereka boring, mereka akan bising minta makanan kan?
3- Bawa barang yg membolehkan mereka beraktiviti dalam keadaan senyap mcm puzzle ke, buku warna ke, buku sticker ke, mainan kecik2 ke...
4- Pesan dan selalu ingatkan mereka sebelum pergi masjid agar menjaga adab2 masjid dan berakhlak sopan.
Mungkin 1st time agar sukar dan kanak2 akan cepat jemu, tp bila dah selalu, InsyaALLAh tiada masalah.. Malahan mereka akan suka utk turut serta mendengar kuliah di masjid.
buku yg kami bw pergi utk adik Abdullah mengisi masanya |
Abdullah mnyiapkan buku aktivitinya |
Abang Abbudey dengan minat melukisnya. |
Kami memilih ruang belakang, jauh dr jemaah lain supaya tidak menganggu mereka mendengar kuliah. Dan Alhamdulillah surau ini luas. Jd anak2 pun selesa. |
Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita membawa anak2 kecil ke masjid. Mereka akan biasa dengan Majlis2 ilmu dan juga tempat2 baik seperti ini.
Bagaimana kita ingin menggalakkan mereka utk solat di masjid jika sering dihindarkan dari masjid.
Apa2pun, sebolehnya sebagai ibu bapa kepada kanak2 tersebut, kita cubalah sedaya mungkin untuk tidak mengganggu jemaah lain dengan kehadiran anak2 kecil kita..
Yang penting, ikhlaskan niat dan berdoalah semoga semuanya berjalan lancar!
Anak2 yg sibuk dengan kerja masing2 memudahkan urusan utk pergi mendengar kuliah di Masjid
Saya mmg suka g dgr kuliah di masjid atau surau tp takut anak2 cpt boring n ganggu jemaah lain
ReplyDeleteMungkin puan boleh cuba dahulu membawa mereka utk tempoh masa yg x panjang sangat. INsyaALLAH lama2 akan menjadi kebiasaan.
ReplyDeletetak cuba tak tahu kan? =)