Saturday, June 16, 2012

Pekakah kanak2 dengan kuliah yang disampaikan di masjid?

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya pernah menulis tentang tips2 utk membawa anak2 ke masjid di sini.

Persoalan yg timbul di minda masyarakat:
Apa faedah membawa kanak2 mendengar kuliah di masjid?
Adakah kanak2 faham apa yg disampaikan ustaz di masjid?


JAWAPAN SAYA:

YA. DENGAN MENDENGAR KULIAH DI MASJID SECARA ISTIQAMAH KANAK2 AKAN FAHAM DAN PEKA APA YG DISAMPAIKAN.

Walaupun kanak2 itu tidak mendengar dengan tekun dan khusyuk, bahkan bermain2, tapi telinga dan otak mereka sangat peka.

Walaupun mereka tidak menumpukan perhatian terhadap kuliah yg disampaikan tp sebenarnya kanak2 sgt peka dan mempunyai ingatan yg sgt kuat


Saya mempunyai bukti yg banyak bahawa kanak2 itu faham dan dapat ingat apa yg disampaikan oleh ustaz.
1- Abbudey yg menghafal sendiri mukadimah khutbahnya melalui mendengar kuliah sahaja.

2- Bila balik rumah anak2 akan bertanya maklumat2 dlm kuliah dan apabila berlaku situasi yg disebut oleh ustaz, mereka akan mengulangi apa yg ustaz katakan.

Contohnya: bila anak2 nampak orang pakai seluar paras lutut, mereka akan sebut: kan baba kata dalam kuliah hari tu, lebih baik tak pakai seluar nampak lutut, takut terselak nampak aurat (lebih kurang begitulah ayat mereka)

Dengar kuliah sambil melukis, tp boleh tangkap apa yg disampaikan dalam kuliah tersebut.
Itulah hebatnya otak kanak2

Contoh yg lain: video yg dibawah ini dirakam ketika kuliah baba tentang seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Khalid bin Said. Walaupun anak2 bermain2 sahaja mendengar kuliah ini, tapi bila balik rumah mereka akan bertanya kenapa Khalid bin Said buat begitu2? kenapa begini? 

Ini menunjukkan mereka peka dengan apa yg disampaikan.




Abdullah melaungkan iqamat sblm solat Isya' berjemaah di rumah
p/s: Mungkin ini juga antara faedah membawa anak2 ke masjid. Saya tak sempat mengajar Abdullah tentang azan, iqamat dan solat (dia pun belum 4 tahun lg), tp nampaknya banyak yg dia belajar sendiri dari pemerhatiannya di masjid... ALhamdulillah...


Konklusinya, sama2lah kita mencorakkan persekitaran yg solih kepada anak2 agar ia dapat mencorakkan mereka menjadi insan yg soleh lagi bertaqwa. AMIN3.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...