Thursday, June 7, 2012

jln2 perlis dan kedah je.....(dan Perak juga)


بسم الله الرحمن الرحيم


Untuk cuti kali ini, kami hanya bercuti di Perlis dan Kedah sahaja (bajet ciput x blh jln jauh2! tp Alhamdulillah.... ada org yg x dpt berjalan sbb x cuti, xde duit..n lain2..Alhamdulillah punya peluang untuk berjalan bersama keluarga n anak2)


Pintu masuk ke pameran ular di Muzium negeri Kedah
p/s: sebenarnya agak geli-geleman juga nak masuk pameran ular ni..huhu


pameran ular
Harga masuk x mahal pun, x sampai $10 pun.

budak lelaki x geli ular kan?

nasib baik ular tu dlm balang dia je kan?? huhu

posing seekor haiwan yg dikurung

Add caption

Kemudian sempat naik ke Muzium di tingkat atas...
Add caption

perlawanan kerbau....(model je..bukan betul pon)

laga ayam pula

Kemudian kami terus ke Kangar, Perlis dan kami tinggal di Seri Malaysia Kangar. Alhamdulillah hotel Seri Malaysia ni baru dibuka pada jun tahun lalu. Jadi perabot2nya masih elok dan baru. Biliknya juga elok dan selesa. x seperti Seri Malaysia di tempat lain yg agak kurang memuaskan
bilik dengan nilai $200 je smlm. ok la kan?

tukang periksa samada semua lampu berfungsi atau tidak?

swimming pool yg luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuasssss

Antara yg kami lawati di Perlis ialah: Muzium Kota Kayang.

Pintu masuk Muzium Kota Kayang
Masuk: free
Abdul Rahman bermain puzzle di bilik di Muzium Kota Kayang bersama kakak2 dr rombongan sekolah (x tau pula sekolah mn?)

bahagian dalam muzium

meneliti peta ke ladang anggur.
tp x jumpa pun,akhirnya tanya makcik jaga muzium ni je jln ke ladang anggur perlis


ROKOK POCONG!
iklan di muzium Kota Kayang



Kawasan blkg muzium yg sgt indah
Rombongan pengantin sll mai sini tangkap gambar kata makcik jaga muzium tu.

Budak 3 tahun merenung masa depan di tepi tasik!

Anda nampak x apa yg berwarna oren di atas pokok bunga tu?

Abdul Rahman yg teringin sgt nak bergambar dgn giant parrot  ini

Kemudian kami terus mencari jalan ke Taman Anggur Perlis.

Dinasihatkan supaya anda mempunyai peta @ gps ke Taman Anggur ni kerana kami x nampak satu signboard pun ke Taman Anggur ni...Dari hotel di Kangar kemudian ke Muzium Kota Kayang langsung xde satu papan tanda pon tentang Taman Anggur ni. Jenuh tanya orang banyak kali...



Banyaknya kereta beratur membeli tiket masuk
dewasa: $6
kanak2: $2



saya bukan tangkap gambar org yg sedang tangkap gambar anggur ni
tp saya tangkap gambar Abdullah di hujung nun menanti baba membeli anggur kegemarannya.

Ladang Anggur di sini tak banyak beza dari ladang anggur di Tasik Beris. Anggur yg dijual sangat sedap, manis dan menyegarkan, tp mahai sikit dr beli di kedai2 biasa. =)

Menikmati anggur yg dibeli dibawah pohonan anggur

Add caption

Papan tanda di taman anggur

Add caption

Menemui rakan baru yg mesra di Taman Anggur

Selepas itu kami pergi ke equastrian club yg berdekatan, tp sayang xde pelatih, jd xde peluang utk anak2 naik kuda... 
Add caption

Tengok jelah  kuda dr jauh
Dari kelab kuda, kami pergi makan cucuq udang, ketam n udang salut tepung di GERAI NELAYAN di hadapan kastam Di raja Malaysia, Kuala Perlis.

Gerainya sgt femes dgn cucuq udang n ketam gorang yg sedap. gerai penuh dgn orang, jd km take away je lah...
Gerainya di hadapan kastam ini.


Esoknya km meneruskan perjalanan ke Pasar Wang Kelian. Jalan ke Wang Kelian perlu melalui jalan  berbukit2 (tp x berapa curamlah, ada je org dok naik basikal waktu km p tu)

Tujuan p Wang Kelian bukan sbb nak shopping sgt, saja je nak tgok apa yg ada kat Wang Kelian tu. Nnt klu org cerita, xdelah buat muka terkebil2 x tau apa ada di Wang Kelian... 

pasar di Wang Kelian seperti di Sarikin, Sarawak.
Abbudey mengucapkan selamat datang kepada anda semua!

Muka kepanasan
Add caption

masuk ke Thailand

tgok muka Abbudey tu pun dah rasa panas amat

benda pertama dibeli di Wang Kelian, payung!

Setelah membeli ala kadar di Wang Kelian, kami pergi pula ke Gua Kelam.

Di Gua Kelam sebenarnya boleh naik keretapi untuk masuk Gua Kelam 2, tp sayangnya keretapinya dah rosak... (kelakar x? jgn gelak)....mcm x boleh nak percaya, tp itulah hakikatnya..huhu

tempat mesti yg mesti orang nak bergambar di sini.

naik juga keretapi Gua Kelam yg rosak dan berhabuk...sedih amat!

rel keretapi menuju masuk ke gua kelam


km masuk sikit saja di gua kelam.

Mai gua pun masih ada orang telefon lg.
Gerai membeli pelam

mereka ini sangat excited nak pegang pelam besar ni


Kesimpulan dr jalan2 di Perlis:
1- Perlis adalah sebuah negeri yg jalannya luas dan tidak sesak, tak banyak kereta pon...lengang. seronok. tak serabut

2- pastikan anda mempunyai gps dan peta untuk ke tempat2 menarik kerana kekurangan papan tanda penunjuk arah di jalanraya (jgn marah ye?)

3- Dapatkan maklumat lanjut tentang tempat2 menarik sebelum datang ke Perlis... Kalau tidak anda akan terlepas banyak tempat menarik.

4- Sebenarnya pihak2 yg berkenaan patut menjaga tempat2 perlancongan seperti Gua Kelam, dll supaya lebih bersih dan terjaga....


--------------- Kami juga sempat pergi ke Zoo Taiping di Perak dan Cameron  Highland, tp oleh kerana ini adalah kali ke 3 (atau ke 4) km ke Zoo Taiping, jd x seronok dah nak tangkap gambar yg sama...

Cuma seronok tangkap gambar tempat kami bermalam di Hotel Flemington, Taiping.

Hotel yg baru, cantik dengan bayaran berpatutan (RM138 je)...ok la kan?

Pemandangan hotel Flemington dr Taman Tasik Taiping
ambil dr:
http://news.flemingtonhotel.com.my/
seperti biasa, Abdullah selaku tukang periksa semua alat boleh berfungsi x?
Gambar bilik kami dari website:
http://news.flemingtonhotel.com.my/
pemandangan indah Bukit Larut dr tigkap bilik
                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI

Kolam Renang atas bumbung yang mempunyai pemandangn indah Bukit Larut
http://news.flemingtonhotel.com.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...