Saturday, May 11, 2013

Rejab datang lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaALLAH, betapa pantasnya masa berlalu, hari ini 11 mei bersamaan dengan hari pertama Bulan Rejab.

Bermakna tak lebih dua bulan lagi, kita semua akan berpuasa Ramadhan.


Dalam kegembiraan kita menyambut Bulan Ramadhan, sama2lah kita fikir dan muhasabah kembali, selama sudah banyak tahun kita menyambut Ramadhan, ada bertambah baiklah ibadah dan amalan kita dan KELUARGA dari tahun ke tahun?


Bagaimana dengan ibadat2 sunnat kita? Adakah kita istiqamah melakukannya?

(Tips: untuk tingkatkan amal2 sunnat

contohnya:
Cuba lazimi untuk berisitgfar sebelum tidur.
Bila dah menjadi kelaziman kita, tambah lagi amalan: contoh: cuba lazimi untuk baca Surah ALKahf setiap jumaat.
Bila dah dapat lekat baca Surah AL-Kahf setiap Jumaat, lazimi pula zikir2 lain ketika menaiki kenderaan, memasak, atau perkara2 lain.

SENTAP: agak2 berapa peratus zikir yang keluar dari mulut kita berbanding dengan sembang2 kosong?
80% ?
50 % ?
10 %
3 % ? 

muhasabah kembali)

Bagaimana dengan bacaan AL-Quran kita?

Bagaimana dengan zikir kita?

Bagaimana dengan solat anak2?

Bagaimana dengan AL-Quran anak2?

Moga ALLAH berkati kehidupan kita semua dan keluarga



Semalam, di hari terakhir Bulan Jamadil Akhir, timbul dan terdetik rasa syukur yang dikongsikan oleh suami atas kehidupan yang sempurna yang ALLAH kurniakan kepada kami:
1- Kesihatan yang sempurna
2- Anak2 yg soleh dan bijak
3- Tempat tinggal yang selesa
4- Suasana yang soleh di dalam rumah . (Kalau kita tidak mampu untuk mengislahkan masyarakat di luar sana, janganlah kita lupa untuk islah mereka yang kita mampu.)

ALLAH berkatilah hidup kami sekeluarga, amin3

kata2 Prof. Muhaya yang amat menjentik hati


ALhamdulillah, besarnya nikmat ALLAH kepada kami, ALLAH kurniakanlah nikmat2 ini kepada semua muslimin dan muslimat.

mohon maaf:
Tuan pemilik blog ini agak sibuk kerana sudah kembali ke
sekolah dan juga berusaha untuk pulun habiskan sisa2 akhir penulisan
tesis MA.
(MOHON DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN)

(Dalam otak, banyak ingin dikongsi dalam blog, tetapi banyak pula perkara yang perlu diutamakan,
1- anak2
2- kerja2 sekolah dan rumah
3- MA

(Alhamdulillah, ALLAH sibukkan dengan perkara2 yang baik dan berfaedah)

ALLAH berkati anda semua
amin3

2 comments:

  1. Memang pantas masa berlalu... hari ni dah masuk Rejab :)
    Amin.. moga segala urusan kita dipermudahkan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...