بسم الله الرحمن الرحيم
Buku ini sebenarnya telah lama dibeli, saya ingatkan saya sudah berkongsi info tentang buku ini, rupanya belum lagi.
Apa yang boleh saya gambarkan tentang buku ini ialah:
MasyaALLAH, amat menusuk hati dan membuatkan kita muhasabah diri sendiri
buku yg sangat bagus |
harganya |
Sudah tentu setiap jiwa muslim pasti tersimpan rasa ingin untuk menunaikan ibadah rukum Islam yang kelima.
Buku ini banyak menerangkan tip2 untuk mendapatkan hasil haji yang terbaik dan diterima ALLAH.
Keistimewaan buku ini ialah:
1- memberi gambaran awal kepada pembaca ttg ibadah haji dan suasana ketika itu dengan jelas.
2- memberi peringatan dan ingatan awal tentang perkara yg tak sepatutnya dilakukan ketika haji seperti terlampau banyak bersembang di mana2, berebut2, mengeluh, mencipta alasan mengumpat orang lain dan macam2 lagi.
3- Memberi saranan tentang perkara apa yg sepatutnya diperbanyakkan ketika haji seperti merebut peluang untuk beribadah sebanyak2nya, banyakkan berharap dan berdoa kepada ALLAH SWT, dan ikhlas hanya keranya.
antara tajuk2 yg istimewa dalam buku ini. |
Kesimpulan yg saya dapat dalam buku ini selepas membacanya ialah:
Beruntungnyalah seorang penulis itu bila tulisannya dapat membuatkan pembacanya insaf, mendekatkan diri dan makin beribadah kepada ALLAH SWT.
Satu hasil karya yg amat baik.
ALLAH berkati penulis2 buku ini. Amin
No comments:
Post a Comment