Tuesday, July 30, 2013

Kisah Lampu Dan Buku

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah minat membaca buku setiap hari makin meningkat bila meletakkan buku di birai katil. Dapatlah membaca buku pada masa lapang dan sebelum tidur

Tapi, ada sedikit masalah pula bila suka membaca dalam bilik gelap (sebelum tidur)....satu cara membaca yang tidak baik. Merosakkan mata yang sedia empat.

Selepas ditegur kerana sering membaca dalam gelap, saya pun memasang niat untuk membeli lampu bacaan mini yang mudah diletak merata2 (haha)

inilah hasil mecari di Google:

SATU

sumber:
Google Image


DUA

sumber:
Google Image

TIGA

sumber:
Google Image
Ketiga2 ni amatlah menarik perhatian dan rasa tersangatlah ingin memilikinya kerana dapat memudahkan dan menambah minat membaca sebelum tidur dan menghilangkan tabiat membaca dalam gelap.

Tapi bila dicari (tak cari sangat pun, masuk 2,3 kedai je), tak jumpalah pula..jadi ambillah penggantinya yang mempunyai fungsi yang hampir sama. 

Ciri2 yang diingini:

1- Lampu mini wireless 
(senang nak letak merata dan tak perlu cari soket)
2- tak perlu dipegang
(sebab nak pegang buku)

Alhamdulillah, akhirnya menjumpai lampu ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

memenuhi ciri2 yang disebut diatas.
mini
wireless
tak perlu dipegang

Walaupun kelihatan tidaklah secanggih lampu2 mini yang dijumpai di Google,
tapi ALhamdulillah cukuplah ia membantu memberikan cahaya untuk membaca sebelum tidur
dan pada waktu2 lapang.

fungsinya yang membantu

murah je...
beli di Mr.DIY
InsyaALLAH usaha ini membuatkan masalah penglihatan tidak bertambah teruk INsyaALLAH. amin3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...