بسم الله الرحمن الرحيم
Pada entri bulan2 lepas, saya pernah menulis tentang info buku (Diari Celik Saya) yang dihadiahkan kepada Abang Abbudey di sini.
Dan di sini saya menulis tentang aktiviti Abang Abbudey menulis diari tersebut.
ALhamdulillah, setelah mendapat kebenaran dari Abang Abuddey untuk tangkap gambar dan publish catatan diarinya di blog ini, InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi hasil tulisan diari budak darjah 1 ini.. =)
impian utk jadi seorang pengajar |
catatan ibadah juga tidak lupa untuk diisi |
katanya: beliau juga ingin menjadi masterchef... senyum sahaja.... =) Beliau mengulang Surah Al-Qiyamah dan Surah Fussilat pada hari tersebut |
Abang Abudey muhasabah diri dan mengingati semula anugerah ALLAH yang disyukuri pada hari tersebut |
beliau juga ingin menaiki halikopter |
impiannya untuk membina sebuah masjid. MasyaALLAH Beliau mengulang Surah An-Naziat |
No.2 itu adalah : berkongsi beliau ingin menjadi imam |
Lagi catatan kesyukuran Abang Abbudey... ALhamdulillah...
ALLAH mekarkanlah rasa bersyukur dalam hati kami sepanjang hayat...amin3
Alhamdulillah... antara kebaikkan kepada anak2 yang saya nampak dalam penulisan Diari Celik Saya ini:
1- Menyemai rasa bersyukur dalam anak2. Setiap hari dia akan ingat untuk bersyukur atas segala anugerah yang ALLAH berikan.
2- Anak2 juga diajar muhasabah diri, mengingat kembali kebaikan dan kesalahan yang dilakukan sepanjang hari seperti ada tolong orang atau tidak? Solat jemaah atau tidak pada hari ini? Solat di awal waktu atau tidak pada hari ini? Ada beri sedekah atau tidak? Dengan itu juga, anak2 akan berusaha untuk memperbaiki diri mereka pada masa hadapan.
3- Mengajar juga kepada anak-anak impian hidup yang tinggi pada masa akan datang.
4- Menarik lagi tentang diari ini bila anak2 mula melihat semula catatan diarinya yang sebelum2 ini, dia akan mengenang semula, mengingati tulisan dan tersenyum bahagia...MasyaALLAH.
5- Memantapkan lagi bakat anak2 menulis, mengeja dan mereka ayat dalam Bahasa Melayu.
ALLAH berkati mereka yang berusaha menerbitkan diari ini dan hidup anak2 ini sepanjang hayat mereka. Amin2.
Masya Allah....hebatnya. Tak sabar nak belikan diari ni untuk kak long auni =)
ReplyDeletemasyaAllah.. hebatnya abudey :)
ReplyDeletesubhanallah, aishah....
ReplyDeletebagusnya abudey!
mana nak dapat diari tu ye?
Terima kasih. saya ada tulis tempat sata beli diari celik ini di sini:
ReplyDeletehttp://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/info-buku-diari-celik-saya-prof-muhaya.html
mashaAllah shaikh abbudey!!! bagusnye...nanti bole praktis utk shaikh2 sini jugek..trime kasih abg abbudey..berdakwah sejak kecil!! Allah berkati ustzh sekeluarge! ;)
ReplyDelete