Monday, February 10, 2014

Susah ke nak ajar anak2 di rumah?

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaALLAH , cepatnya masa berlalu dari tarikh awal saya sedar tentang kepentingan mendidik anak di rumah dan memulakan homeschool... (boleh baca di sini dan DI SINI)...

Sangat banyak kenangan sesi pembelajaran / homeschool bersama anak2... MasyaALLAH

Sekarang ini Abdullah sudah darjah 1 (umur: bulan 11 ini 6 tahun), Abdul Rahman pula darjah 2 (Bulan 9 nanti: 8 tahun)

Abdullah (tengah) dengan hasil anyamannya
sumber:
http://sekolahrendahtahfizmutmainnah.blogspot.com/
Abdul Rahman : kiri sekali
sumber:
http://sekolahrendahtahfizmutmainnah.blogspot.com/
Walaupun kami sudah tidak berhomeschool SEPENUHNYA, tetapi kami masih sama2 belajar di rumah...

Saya dapat rasakan langkah pertama mendidik anak dahulu selama beberapa tahun yang lalu banyak memberi kesan terhadap aktiviti anak2 di rumah.

Anak2 amat berminat dengan kraf, memasak dan macam2 perkara yang biasa kami lakukan dalam aktiviti homeschool dulu. Dan sekarang mereka banyak berdikari dalam beraktiviti. Beli buku dan buat origami sendiri, beli buku sticker dan buat sendiri.

Alhamdulillah antara pelajaran yang masih kami teruskan di rumah :(Alhamdulilah hampir setiap hari kecuali pada hari-hari yang tertentu : hari mama sakit, mama sangat penat, atau hari anak2 sangat penat dan mengantuk.)
kedua2 adik beradik ini sedang menghafal Surah Toha.
Cara mereka belajar Sirah dan Tafsir dari Surah Toha adalah dengan mendengar bacaan tafsir ayat2 dalam Surah Toha dan cerita dari Surah tersebut, kemudian beberapa hari selepas itu, saya akan minta mereka menceritakannya semula. Seperti mereka belajar tafsir Surah Al-Kahfi juga.
RUJUK SINI


Alhamdulillah juga mereka sudah menghafal lebih 30 hadis sohih Bukhari  dari kitab 700 hadis Sohih Bukhari

Sebenarnya tidaklah susah untuk mengajar anak2 membudayakan suasana ilmu di dalam rumah kita jika kita biasakan sejak mereka kecil. Hadkan tontonan TV, games dan lain2... Gantikan dengan buku, aktiviti berfaedah dan ilmu. Ia lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Masih banyak lagi kekurangan kami. ALLAH jadikanlah kami hambaNya yang bersyukur dan kekalkan kami dalam IMAN DAN TAQWA.

2 comments:

  1. mabruk yang pak-pak shaikh! mashaAllah dah hafal hadis juga! kami belum mule lagi ustazah..doakan muhammad abdullah ;)

    ReplyDelete
  2. mabrook! salam ukhuwaah ustazah. saya, iryani yang pernah call ustazah sebelum ni. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...