Thursday, September 24, 2015

Tak ada orang nak sembahyang jenazah abang nanti

بسم الله الرحمن الرحيم

Hujung minggu cuti sekolah yang lepas adalah hari yang sibuk untuk baba.

1- Mula dengan kuliah Dhuha di Surau Taman Sejati jam 9 (25 km/ 30 minit dari rumah)

2- Pulang ke rumah untuk kenduri sekitar Kuala Ketil. (25 km)

3- Lepas Zohor : Kenduri rakan-rakan di Sungai Petani (25 km lagi)

4- Asar: Pulang ke Kuala Ketil untuk Solat Jenazah. (25 km lagi)

5- Maghrib: Kuliah Maghrib di Padang Temusu, Sungai Petani (25 km)

6- Pulang ke rumah ( 25 km)

= Lebih150km drive kereta dalam sehari.

Kisahnya, asalnya anak-anak ingin mengikut ke kuliah Maghrib, tetapi memandangkan mereka tidak tidur siang dan tidak mengulang hafazan lagi, maka mereka perlu duduk di rumah nak menghabiskan hafazan.

Abdul Rahman fikir kami tidak benarkan dia ikut baba pergi solat jenazah selepas asar, lantas Abdul Rahman kata:

"Nanti tak ada orang nak solat jenazah abang nanti."

Sentap!

Kami jelaskan bukan tidak benarkan dia ikut solat jenazah, tapi untuk kuliah maghrib malam nanti.

Beberapa ketika kemudian, Abdul Rahman bertanya:

"Kenapa kita tak pi Central Square hari ni?" Asalnya dan plan nak bawa anak-anak ke sana, tapi masa sangat suntuk, dibatalkan sahaja plan untuk hal yang lebih penting.

jawab saya:
"Nanti tak ada siapa yang solat jenazah abang nanti." saya ulang semula jawapan Abdul Rahman.

Saya jelaskan bahawa kita tak sempat kerana perlu bergegas pulang ke Kuala Ketil untuk solat jenazah.

Dialog yang pelik dari Abdul Rahman.

Dia dah besar.

Saya tanya:

"Dari mana abang belajar cakap macam tu?"

Jawabnya:
"Memanglah, kalau kita tak pi solat jenazah orang, nanti takde siapa nak mai solat jenazah kita..."

Tamat cerita dalam kereta hari itu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...