Namun kemahuan anak-anak yang ingin direalisasikan oleh ibu
ayah perlulah berlandaskan Islam. Janganlah kemahuan yang buruk dan
bertentangan dengan agamapun turut dipenuhi untuk anak-anak.
Perkara yang melibatkan anak-anak selalu akan berkait rapat
dengan emosi dan air mata ibu bapa, suka dan duka. Suka pun menangis. Apatah
lagi duka.
Menonton persembahan anak-anak di hadapan pun, ibu ayah boleh
mengalir air mata terharu dan bangga, tapi pasti ditahan-tahan kerana malu
dengan khalayak.
Begitulah nikmat perasaan yang halus yang Allah campakkan
dalam hati ibu ayah
Begitu juga dalam setiap situasi. Ibu bapa pasti mahukan
anak-anaknya sentiasa menjadi yang TERBAIK.
Bagaimanapun ibu bapa perlu menerima baik buruk, kelebihan
dan kekurangan anak-anak. Sedang si ibu ayah pun tidak sempurna, bagaimana
mahukan anak yang serba serbi boleh dalam setiap bidang. BERSEDERHANALAH.
Betulkanlah niat.
Meleret-leretlah pulak catatan apabila melibatkan air mata
anak. Sampai 3 siri.
Apa kesudahan masalah Abdul Rahman yang sukar menghafaz
Surah Al-Israa?
Alhamdulillah masalah sukar menghafaz itu dapat diatasi dengan cepat dengan cara yang diilhamkan Allah itu. Dengan sentiasa memasang audio Surah Al-Israa di dalam bilik Abdul Rahman dan ketika perjalanan pergi dan pulang dari sekolah. Alhamdulillah
Abdul Rahman kembali merasai mudahnya menghafaz Al-Quran. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memudahkan bagi anak-anak untuk menghafaz Al-Quran.
Allah bimbinglah kita menjadi HAMBA YANG BERTAQWA.
No comments:
Post a Comment