بسم الله الرحمن الرحيم
Jalan yang dilalui dalam usaha menghafaz Al-Quran adakala
dihiasi dengan ujian untuk penghafaz Al-Quran dapat merasakan betapa manisnya
nikmat anugerah mengingati dan menghafaz Al-Quran yang Allah kurniakan.
Anak-anak yang biasanya mudah menghafaz Al-Quran, 5, 6 kali
ulang sahaja sudah ingat setengah mukasurat Al-Quran menghadapi masalah tidak
dapat ingat walaupun telah lebih 20, 30kali mengulang ayat baru.
Apa yang terjadi? Mereka akan menangis kerana penat dan
merasakan usaha mereka menghafaz tidak berhasil. Rasa banyak salah dan tidak
boleh ingat.
Itulah yang berlaku kepada Abdul Rahman beberapa minggu lalu
ketika mula menghafaz Surah Al-Israa’ awal Juz 15.
Dirasanya begitu sukar untuknya menghafaz sehingga penat dan
menangis.
Sebenarnya, ia juga pernah berlaku kepada diri saya.
Kenangan yang tidak boleh dilupakan ketika menghafaz Surah
Hud ketika usia remaja dahulu. Rasa sukar menghafaz ayat baru hingga menangis
dan mengamuk kerana tidak boleh nak hafaz. Hantar hafazan kepada ustazah pun
tak lepas hari itu padahal hari-hari lain, rasanya elok sahaja menghafaz
Al-Quran.
Menjadi ibu bapa, hati mana yang tidak sayu apabila anak
tidak boleh nak menghafaz walaupun dia telah membuktikan bahawa dirinya telah
mampu menghafaz setengah Al-Quran.
Bersambung................
Bersambung................
No comments:
Post a Comment