بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam meniti kehidupan, kita selalu mengejar kesempurnaan hingga terlupa dan tidak boleh menerima beberapa hakikat:
1- Manusia ini tidak sempurna. Mereka ada kekurangan, tetapi mereka juga punya kelebihan
2- Manusia itu pasti akan melakukan kesalahan, tapi sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat dan menyesal dengan kesilapan yang dilakukannya.
Begitulah dengan kita mendidik anak-anak.
Kita selalu sahaja ingin anak kita menjadi sempurna.
Tiada ibu bapa yang marah dan cemburu jika anak-anak lebih hebat dari diri mereka. Malah mereka akan gembira jika anak-anak lebih hebat dari diri mereka.
Kita juga sebagai ibu bapa, payah untuk kita terima hakikat bahawa anak-anak kita adalah manusia biasa yang melakukan kesilapan. Kecewa hati dan luluh hati jika melihat anak-anak tersilap langkahnya. Tetapi itulah yang terpaksa ditelan walaupun pahit,
Kesalahan itu pasti ada, namun perbaikilah ia dengan taubat dan amal soleh.
Ya ALLAH, Jauhkanlah kami dari fitnah dunia, janganlah Engkau uji kami dengan apa yang kami tidak mamu untuk hadapinya dan jadikanlah kami orang yang berlapang dada dan redho dengan ketentuanMu.
Jadikanlah kami orang yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabb
No comments:
Post a Comment