Thursday, July 14, 2016

Kenangan Budaya hidupkan AL-Quran di rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika zaman belajar dari sekolah rendah dan seterusnya, rumah kami setiap malam pasti akan dihiasi dengan alunan hafazan Al-Quran dari kami dan adik beradik yang menghafaz ayat-ayat baharu untuk dihantar kepada guru pada esok hari. Begitu juga bacaan hafazan lama.

Setiap malam juga masing-masing akan menantikan giliran dan berebut-rebut untuk meminta mak mendengarkan bacaan samda lancar ataupun tidak

Zaman itu telah lama ditinggalkan.

Kini kami adik beradik sudah berumah tangga.

Namun budaya menghidupkan AL-Quran terus mekar di rumah.

Hati tersentuh apabila mendengar anak-anak membaca AL-Quran dan mengulang ayat-ayat AL-Quran saban malam.

Seringkali hati terdetik bahawa ini adalah detik yang pasti akan dirindui bila anak-anak sudah dewasa nanti. Itulah yang saya suarakan kepada suami.

Suasana anak-anak bersungguh-sungguh menghafal Al-Quran dan mengulang AL-Quran adalah satu anugerah nikmat Allah yang sangat besar bagi diri saya.

Ada rasa sayu di dalam hati.

Lebih-lebih lagi bila anak-anak ini berebut menjadi imam Solat di rumah.

"Mama, biar abang jadi imam, barulah dapat pahala solat berjemaah."

Selamat hari Raya Aidilfitri
dari
keluarga
cinta-rasul.blogspot


Ya ALLAH sinarilah hati-hati kami sekeluarga dengan Nur Iman. Kurniakanlah kami istiqamah dalam amalan kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa. Amin.


Semoga catatan dalam blog ini dapat memebri inspirasi kepada keluarga lain di luar dan seterusnya membentuk masyarakat yang bertaqwa. 

Amin

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    saya tertarik pada blog tuan/puan..
    sy teringin mahukan rumah tangga dan anak2 yg cintakan al-quran..ada taaruf dengan ank2..
    boleh beri sy cadangan bagaimana utk menyusun waktu..
    anak 2 org perempuan.. umur 3 tahun dan 6 bulan..
    kami suami isteri bekerja..jam 6 ptg baru smpai kerumah..
    teringin sgt nak baca quran sama2 dengan anak2..tapi.. sy mcm hilang semangat bila sy nak ajar mengaji muqadam die mcm x nak..
    perlu ke ajar mengaji dari alif ba ta? atau terus menghafal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Terima kasih atas komen puan.

      Tentang jadual harian anak-anak, puan boleh rujuk entri berikut:

      http://cinta-rasul.blogspot.my/2010/06/jadual-harian-abg-abbudey.html

      http://cinta-rasul.blogspot.my/2016/11/keberkatan-allah-dalam-perancangan.html

      http://cinta-rasul.blogspot.my/2010/08/mari-menghafaz-al-quran.html

      http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/05/perancangan-kukuh-dan-rapi-untuk.html

      http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/11/perancangan-aktiviti-cuti-sekolah-anak2.html


      Jaawapan ke-2:
      Puan boleh mengajar kedua-duanya sekali seiringan. InsyaALLAH.



      Semoga bermanfaat dan terus mendidik anak-anak dengan Al-Quran, InsyaALLAH.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...