بسم الله الرحمن الرحيم
24 September 2016
Sabtu
Alhamdulillah...
Hujung minggu yang bahagia.
Semoga ALLAH memanjang kegemmbiraan dan kebahagian kita sekeluarga hari ini hingga ke Syurga.
Bermula dari pagi hari bermain di tapak Pesta Konvo di Insaniah Kuala Ketil. Kemudian menuju ke kenduri perkahwinan di Parit Buntar. Selepas itu ke rumah tok wan, kembali bermain di Tapak Pesta Konvo Insaniah dan kemudian ikut baba kuliah Maghrib di masjid.
Seharian yang padat tetapi santai.
Alhamdulillah.
Seperti basikal 3 roda kanak-kanak tetapi ia tidak perlu dikayuh. Hanya tekan butang di pemegang dan mini motor ini akan berjalan. |
Anak-anak sangat suka mencuba benda yang baharu kan?
Amat dinasihatkan agar berhati-hati ketika menggunakan hover board ini agar tidak berlaku kemalangan. Kemahiran mengimbangi badan amat diperlukan untuk mengawal hover board ini. Perlu pada beberapa minit latihan sebelum mahir menggunakannya. Teringat Abdul Rahman yang berusaha bermain ice skating dahulu. Boleh baca DI SINI KISAHNYA. |
Allah panjangkan usia tok dalam kesihatan, barakah dan kebahagiaan |
Dalam bergembira, tetaplah ingat kepada ALLAH dan bersyukurlah kepadaNya atas nikmat kebahagiaan dan kegembiraan yang dikurniakanNya.
Doa dipanjatkan moga kebahagiaan di syurga nanti lebih besar dapat kita kecapi.
Amin Ya Rabb..
No comments:
Post a Comment