بسم الله الرحمن الرحيم
"Baba ambiklah duit ini untuk buat Maahad, kami sedekah untuk Maahad Al Iman. Ini duit dalam tabung kami." Sampul duit warna hijau dihulurkan oleh Abang Abbudey.
"Dalam ni ada RM85, duit dalam tabung kami."
Duit tabung Abdullah dan Abdul Rahman yang disedekahkan untuk Maahad Al Iman |
"Jazakumullahu khairan kathira."
MasyaALLAH, Alhamdulillah, anak-anak kecil mudah terkesan dengan persekitaran sekeliling mereka.
Ia adalah wang simpanan mereka.
Ia adalah hasil dari keikhalasan lubuk hati mereka.
Abdul Rahman dan Abdullah sering mengikut baba ke masjid-masjid. Merekalah juga yang membantu untuk mengangkat barang ke dalam kereta, menyusun barang-barang dan bersama-sama.
Mereka biasa mendengar kata-kata memohon sumbangan untuk Pembinaan Maahad Al Iman.
Mereka selalu melihat orang ramai menghulurkan sumbangan untuk Maahad Al Iman.
Mereka sering melihat tangan yang ikhlas menyumbang untuk pembangunan ummah, InsyaALLAH.
Alhamdulillah ALLAH membuka hati orang yang dermawan dan budiman untuk sama-sama memberi bantuan kepada pembangunan Maahad Al Iman.
Pembinaan Maahad Al Iman sedang rancak berjalan sekarang.
Cadangan pembinaan Masjid Maahad Al Iman |
Bangunan asrama kedua sedang dibangunkan |
Video terkini pembangunan Maahad Al Iman.
Sumber dari FACEBOOK MAAHAD AL IMAN LI ULUMIL QURAN
"Adik rasa macam nak bagi lagi ja duit kat Maahad Al Iman." Abdullah suarakan rasa hati selepas Asar kelmarin.
Alhamdulillah. Biarlah merasa ada rasa seronok memberi dan rasa simpati dengan kekurangan pihak lain.
Saya pernah terbaca dalam buku Membina Keluarga Profazz (Oleh: Puan Siti Nadzrah Sheh Omar) bahawa kepimpinan dan sifat bermasyarakat yang selalu dibincang bersama di dalam keluarga dapat membentuk sifat kepimpinan anak-anak di masa dewasa mereka kelak.
Buku ini amat menarik dan banyak mafaat yang boleh diambil |
Itulah yang diharap-harapkan.
Amin,
Anak-anak lelaki biarlah dibiasakan dalam suasana berbakti kepada masyarakat agar mereka membesar dengan perasaan cintakan untuk memberi manfaat dan berbakti untuk Ummah. Untuk Islam!
Seperti yang dibaca dalam buku Hikayat Budak PhD (Oleh Dr.Syahr Musafir) bahawa apa yang kita lakukan itu, biarlah dilakukan dengan cemerlang dan terbaik dan lakukanlah untuk ummat Islam, bukan hanya terbatas untuk diri sendiri.
Kisah benar. Bukan cerita novel |
Buktikanlah bahawa orang Islam itu adalah orang yang cemerlang dan berjaya. Bukan orang biasa-biasa sahaja.
Niatkanlah apa yang kita lakukan adalah UMMAH dan tidak terhad untuk diri sendiri.
Semoga ia menjadi pemberat neraca amal soleh kita di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment