بسم الله الرحمن الرحيم
Ini adalah musafir kami kali ke-2 ke Universiti Imam Asy-Syafie, Cianjur , Indonesia untuk menziarahi Sheikh Mahir sekeluarga.
Ziarah kali pertama adalah pada 3 tahun lalu dan pernah ditulis DI SINI.
Musafir kami kali ini memang dengan tujuan utama untuk menziarahi sheikh.
Kami pun memang memasang niat dan azam untuk kami dan anak-anak membaca AL-Quran dan membetulkan tajwid bersama Sheikh dan anisah.
Anak-anak pun sangat rindu untuk bermain-main dengan rakan-rakan mereka (anak-anak sheikh) di kawasan kuarters pensyarah di universiti tersebut.
Ahmad Zaid pun tak ketinggalan keluar bermain juga di luar rumah |
Cuaca di Cianjur sangat sejuk.
Hampir sepanjang tahun adalah hujan. Kalau sidai baju mungkin payah nak kering. Lebih-lebih lagi rumah mereka tiada kipas kerana sudah mencukupi dengan cuaca yang dingin.
Mereka rasakan seperti berada di syurga. Dari pagi hingga Maghrib bermain di luar rumah, dalam kawasan universiti. Berhenti untuk solat dan makan sahaja. |
Seronoknya Ahmad Zaid dapat berjalan dan bermain-main di sini Kawasannya InsyaALLAH selamat kerana berpagar dan orang luar tidak boleh masuk sesuka hati. |
Di hadapan pejabat universiti |
Saat lambaian meninggalkan kawasan penuh harmoni ini InsyaALLAH kita akan bertemu lagi. |
InsyaALLAH ada rezeki, boleh datang lagi, membaca Al-Quran, membetulkan tajwid seperti ditulis DI SINI, dan bermain dengan rakan-rakan.
Amin...
No comments:
Post a Comment