Thursday, April 6, 2017

Keterujaan membaca buku versi ebook

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah tak anda rasa begitu teruja dan seronok untuk membeli dan membaca buku?

MasyaALLAH.

Itulah yang saya rasakan.

Sangat teruja untuk membeli buku-buku versi ebook pula apabila melihat banyak pilihan buku yang menarik.


Senarai buku yang sudah ditanda dalam wishlist



Pernah beberapa tahun lepas saya membeli dan membaca beberapa buah buku versi ebook.

Namun selepas itu, sudah lama tidak membeli dan mencari buku versi ebook kerana tidak terjumpa buku-buku yang menarik, lebih banyak membeli buku yang sebenarnya dari MPHonline.

Hinggalah pada suatu hari saya membuka website PTS untuk terjumpa ebook yang menarik.

MasyaALLAH banyak buku yang ingin saya beli ada dalam bentuk ebook.

buku untuk kanak-kanak pun ada juga

Kelebihan buku dalam bentuk ebook ialah:

1- lebih murah
2- lebih mudah untuk dibeli
3- lebih cepat diperolehi.
4- Terdapat beberapa helaian sample. Dapat baca sedikit tentang buku tersebut.


contoh free sample

Terdapat free sample untuk membaca beberapa helaian di dalam buku

Sudah lama ingin membaca buku ini


Klik klik bayar, terus boleh baca ebook tersebut dari laptop ataupun HP.

MasyaALLAH tak keluar dari rumah pun sudah dapat beli buku baru.








Semoga ia menjadi hobi yang memberi faedah dan menambahkan ilmu.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...