Tuesday, May 30, 2017

Rebutlah peluang berpuasa ketika cuti sekolah & ibadah zikir pada setiap masa

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah tahun ini kita dapat berpuasa dalam cuti sekolah (bagi warga sekolah dan yang berkaitan dengannya).

Ada keistimewaan juga apabila dapat berpuasa dalam cuti sekolah.

Pada waktu malam, masjid meriah dengan ibu bapa dan anak-anak yang datang menunaikan ibadah terawih.

Anak-anak juga dapat mengikuti ibadah terawih dan kuliah subuh dengan masa yang lebih lapang dan tidak terkejar-kejar.

Jika tidak ke masjid, mengulang hafazan dan solat terawih berjemaah di rumah.

Pada waktu petang pula, jika mereka dalam keletihan berpuasa, mereka dibenarkan untuk menonton kartun bahasa Arab yang dimuat turun dan dimainkan dalam TV.

Antara kartun yang dimuat turun dipasang di TV


Ia lebih selamat dari terlihat iklan yang macam-macam termasuk iklan air yang tak putus-putus.

Teringat pula ketika kecil dulu, betapa terseksanya jiwa raga apabila terlihat iklan air ketika menonton TV. Menambah rasa kehausan yang amat sangat bagi kanak-kanak ketika Bulan Puasa.

Teringat pula pada rakan-rakan anak-anak di Cianjur yang sentiasa memakai jam tasbih di jari (ketika menziarahi Cianjur pada awal tahun ini. Ada ditulis di dalam entri DI SINI:





Sambil mereka menonton kartun, sambil mereka berzikir dan berselawat dan menekan-nekan jam tasbih itu.

" Depa bertanding sapa banyak lagi selawat sama-sama depa, sapa lagi banyak?." Jelas Abdul Rahman.

"Depa selawat sampai puluh-puluh ribu kali. Bila depa dah habis, depa mula dari kosong balik." cerita Abdullah pula dengan perasaan takjubnya.

Itulah antara manfaat yang didapati dalam ziarah kali ini. 

Ke mana sahaja kita pergi, biarlah ada manfaat yang dapat kita perolehi untuk diamalkan dalam hidup kita.

Itu jugalah yang dilakukan bersama anak-anak.

Cubalah untuk semaikan janganlah ada masa yang terluang yang berlalu tanpa kita mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam.

Teringat pula kenangan di bumi Syria. Rata-rata masyarakat di sana sentiasa ada butir tasbih di jari.
Di dalam bas, service (van) berzikir, di dalam pasar berzikir, sedang berjalan berzikir, sambil tunggu bas berzikir, sambil tunggu pensyarah berzikir....sentiasa berzikir. Hingga kita Orang Malaysia pun terikut-ikut  dengan budaya dan ibadah zikir di mana-mana.

Hampir setiap orang mempunyai tasbih yang khas untuk dirinya sendiri yang sentiasa di dalam poketnya. Rantaian tasbih yang mengingatkan diri untuk sentiasa berzikir dan berselawat. Alah...ibarat setianya Handphone dengan kita sekarang. Sat-sat nak cek Whatsapplah.. sat-sat nak tengok Facebooklah...


Jam tasbeeh yang dibeli dengan harga RM 5 sebuah

1 untuk Abdul Rahman

dan

1 untuk Abdullah


"Adik tengah baca apa tu?"

"Adik tengah baca Astagfirullah, adik takut adik banyak dosa."

Lalu pula depan Abdullah selepas beberapa ketika dan bertanya lagi:

"Adik baca apa?"

"Adik baca Allah....Allah..."

Selepas beberapa minit tanya lagi:

"Adik baca apa?"

"Adik baca Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad." jawab Abdullah tanpa jemu.


Catatan perkongsian Abdul Rahman di dalam grup Whatsappnya.
Grup beberapa orang kawan lelaki di tahfiz lamanya
(dengan pantauan dan menggunakan HP ibu bapa sahaja)

Moga kita tergolong dalam golongan mereka yang banyak mengingati dan berzikir kepada Allah.

Rebutlah peluang masa-masa yang penuh keberkatan di Bulan Ramadhan ini dengan sentiasa berzikir dan berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...