Monday, September 24, 2018

Info buku: Cikgu Bankrap

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika ditanya mengapa saya banyak membaca buku, inilah beberapa jawapan saya:

1. Ingin larikan dari fokus dunia fitnah masakini kepada dunia Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam.

2. Memberi motivasi kepada diri sendiri.

3. Mendekatkan diri kepada Allah

4. Menyampaikan manfaat kepada orang lain melalui hasil pembacaan kita.

5. Menunjukkan contoh teladan yang baik untuk anak-anak.

Buku ini dipilih untuk mendapatkan motivasi dalam bidang perguruan

Sungguh. Ada ketikanya (seringkali juga) saya rasa teramat sedih, teramat penat. Rasa nak berhenti dari bidang pendidikan.

Rasa jiwa ini tak kuat untuk duduk dalam bidang ini walaupun sudah lebih 10 tahun saya menjadi guru dan lebih 3 tahun menjadi guru besar.

Guru juga manusia biasa perlukan motivasi

Biarlah kehadiran kita ada jasa dan dinilai Allah


Jiwa rasa lemah untuk menempuhi cabaran menjadi pendidik. Pasti akan terfikir untuk kembali duduk di rumah mendidik anak-anak sendiri sahaja.



Motivasi saat disapa rasa putus asa dan penat

Buku ini saya beli selepas disyorkan oleh seorang rakan.

Diawal pembacaan buku ini, saya rasa diri ini amat teruk sekali berbanding kisah-kisah ideal yang dibawa oleh penulis ketika menjadi guru prasekolah.





Mungkin kebiasaan seorang guru yang pulang ke rumah dengan perasaan menyesal dan rasa teruk apabila tidak mampu mengawal dan menasihati pelajar dengan baik. Sungguh adakalanya ia meninggalkan luka yang lama bahkan hingga menitiskan air mata. Kuatlah duhai hati

Namun kisah dalam buku ini berubah setelah penulis berpindah ke sekolah menengah agama di kotaraya.

Pelbagai cabaran yang dilalui (ada yang sama dengan apa yang saya lalui juga).

Walaupun hati seringkali memberikan motivasi kepada diri sendiri bahawa ramai orang lain yang menghadapi masalah yang lebih besar dari diri ini, namun adakalanya sukar untuk bersabar.

Istighfar dan doa diulang berkali-kali sepanjang malam moga Allah tetapkan hati ini dan lorongkan ke jalan yang lurus.

Motivasi dalam buku ini sedikit sebanyak mengubati kelukaan hati ini.

Sungguh menjadi seorang guru perlu banyak sokongan dan motivasi agar guru dapat istiqamah di atas jalan tarbiyah.

Doakan saya punya hati yang kuat, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...