Monday, December 17, 2018

Hikmah yang diperolehi dari Seminar Projek Mega Dalam Rumah.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Bila dijemput untuk memberikan perkongsian tentang kehidupan dan keibubapaan, saya tidaklah menganggap diri dan kehidupan keluarga kami ini ideal dan mithali untuk dikongsikan dengan orang ramai. Namun ia adalah perkongsian cerita perjalanan hidup kami, moga-moga ada manfaatnya kepada orang lain.

Entri tentang Seminar ini ada ditulis di sini:



Kalau diikutkan rasa hati, rasa tidak layak untuk berkongsi kehidupan diri dengan orang ramai. 

Begitu juga, saya amat suka dengan semangat penganjur dan peserta yang sangat optimis dan positif.

Terasa sangat aura positif dalam seminar sebegini.

Banyak muhasabah diri yang diperolehi daripada seminar ini, antaranya:

1. Tentang kesabaran mendumen anak-anak

2. Berlemah lembut dengan anak-anak

3. Sentiasa senyum dan positif dengan kehidupan.

Allah......

Allah bantulah kita semua untuk mengamalkannya.


Antara perkongsian peserta seminar tentang seminar yang kami bentangkan.

Alhamdulillah.


Begitu juga bukanlah saya berkongsi untuk orang lain sahaja, malahan ia juga adalah motivasi dan muhasabah bagi diri saya sendiri untuk terus memperbaiki diri dan matlamat hidup agar kita sama-sama dapat masuk ke syurga AlFirdaus.
Amin Ya Rabb.

MasyaAllah.. Alhamdulillah.
Sungguh seminar dan majlis ilmu seperti ini sangat memberi manfaat kepada diri saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...