Thursday, December 20, 2018

Pengalaman di MAHA 2018

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada asalnya kami tidaklah merancang untuk pergi ke MAHA 2018 memandangkan kami pernah ke sana dua tahun yang lalu. Pernah ditulis dalam entri di sini:


Pengalaman sesak, ramai orang, terpaksa beratur panjang untuk menaiki tram dan bas, keadaan cuaca yang panas terik membuatkan rasa serik untuk pergi ke MAHA lagi.

Namun anak-anak ada mengajak untuk pergi ke sana.

"Jomlah kita pi MAHA lepas seminar nanti." Ajak anak-anak.

"Insyaallah. Kita pi petang lepas seminar taklah panas"  Kami membuat perancangan dan berdoa agar semuanya berjalan lancar.


Seminar Projek Mega Dalam Rumah pada 2 Disember 2018 yang lalu


Hari yang kami ingin pergi ke MAHA adalah hari terakhir iaitu pada 2 Disember.

Selepas selesai menyampaikan slot kami dalam Seminar Projek Mega Dalam Rumah sekitar jam 4 petang,  terus kami ke  MAHA.

Rupa-rupanya MAEPS dekat sahaja dengan Putrajaya. Hanya beberapa minit perjalanan sahaja.

Kami lihat ramai orang parking kereta di luar gate MAEPS dan berjalan kaki masuk. Alhamdulillah parking yang dekat. Hanya jalan sedikit sahaja, sudah sampai ke ladang nenas, kawan ternakan dan kawasan makanan.


Perkhidmatan basikal motor agak memudahkan untuk bersiar-siar di MAHA. Namun perlu berhati-hati kerana ramai pejalan kaki.

Sewa setengah jam: rm20

Memberi makan kepada kuda.

1 bekas: rm 3

Nak menunggang kuda dan kereta kuda, panjang pula barisan menunggu. 

Ahmad Zaid amat seronok kerana dapat menaiki jentera. Dia memang meminati jentera.

"Ahmad nak naik jarrafah lagi." Pinta Ahmad pada keesokan harinya

Kami tidak berjalan jauh memandangkan hari sudah hampir maghrib, lagipun kalau ingin menziarahi semua kawasan MAHA, memang tak cukup untuk sehari.

Alhamdulillah banyak makanan buatan muslim yang sedap-sedap yang dapat dibeli di sana.





Ahmad Zaid pun nak tangkap gambar ayam yang gemuk-gemuk dan besar-besar


Apa-apapun Alhamdulillah Allah juga yang mempermudahkan segala urusan kita.

Alhamdulillah anak-anak pun seronok dapat ke MAHA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...