Sunday, May 5, 2019

Nasyid Ramadhan yang merdu

بسم الله الرحمن الرحيم



Nasyid ini saya minta Abdullah dendangkan ketika menunggu baba keluar.

Nasyid ialah kegemaran saya buat masakini. Alunannya yang mendayu dan maknanya yang indah membuatkan hati sangat suka dengan nasyid ini.

Antara hasrat kecil hati yang diperkenankan Allah ialah anak yang merdu suaranya (zaman 90an kan zaman nasyid dok naik)

Sedangkan keinginan kecil sebegini pun Allah tunaikan,inikan pula yang kita ulang minta setiap hari.

Jangan jemu berdoa. Optimis dan terus yakin. Jangan putus asa.


Seperti biasa Abdullah tak mahu dirakam mukanya, hanya boleh rakam suara sahaja.

Bila difikir-fikirkan sama seperti mama juga.

Malunya kalau orang baca hasil karya yang ditulis kuat-kuat.


Kalau baca, tapi tak bagitau takpe.

Itulah yang dikongsikan dalam status.



Kisahnya bermula apabila Abdullah nak baca status di bawah kuat-kuat dalam kereta.

Malunya...




Barulah perasan sama dengan sifat Abdullah yang rakam suara tak mau rakam muka.

Semoga Ramadhan kali ini dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...