بسم الله الرحمن الرحيم
Sejak menziarahi dan bermalam di Maahad An Nour di Janda Baik, Pahang, 2 tahun lalu, (boleh baca entri di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2017/06/peluang-bersama-tokoh-ulamak-dan-orang.html ) hati sentiasa rindukan untuk berziarah ke sana lagi dan menghirup nikmat suasana soleh dan majlis ilmu di sana.
Beberapa kali kami merancang untuk menghadiri daurah kitab di sana, namun ada tugasan lain yang menghalang.
Alhamdulillah, sempena cuti sekolah, kami mengambil peluang untuk menghadiri Majlis Penutup Daurah Ramadhan di Maahad An Nour, di samping tujuan pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Baba yang mula nampak iklan Majlis Penutup Daurah Ramadhan di media sosial dan mengajak kami sama-sama untuk menghadirinya.
Perjalanan kami dari Kuala Ketil bermula jam 11 tengahari. Banyak urusan perlu diselesaikan sebelum berangkat.
Bulan puasa pula, sangat mengantuk ketika berada dalam kereta.
Beberapa kali berhenti di RnR untuk lena sebentar.
Akhirnya kami sampai di Hotel De Palma Ampang jam 3.30. Berehat sebentar dan bergerak ke Maahad An Nour jam 5.30 petang.
Alhamdulillah. Kami sampai di sana jam 6.30 petang.
Masyaallah...
Suasana dan panorama di Maahad An Nour sentiasa memberi ketenangan dalam hati.
Majlis ilmu dan mengisi memenuhi hati.
MasyaAllah.
Indah sekali.
Kerana itulah sering merindui untuk terus berziarah ke sini.
Insyaallah moga kita akan sering dapat berada dalam majlis seperti ini, insyaallah.
No comments:
Post a Comment