بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 28/2/23
Pada awal kami sampai di lapangan terbang Surabaya, Sheikh Mahir dan pelajarnya mengambil kami di sana. Perjalanan dari lapangan terbang Surabaya ke universiti Sheikh Mahir di Karanganyar, Solo memakan masa 3 jam. Kami sampai di Surabaya jam 12.30 dan sampai ke universiti hampir jam 5 petang kerana berhenti di jalanan.
Ketika dalam perjalanan Sheikh menyediakan makanan. Burger. Alhamdulillah sedap.
Sebelum sampai di Karanganyar, Sheikh singgah di Restoran Rocket Chicken untuk belikan kami nasi putih dan ayam goreng.
Hari pertama di universiti Maulana Maghribi, kami dihidangkan juadah makanan Arab ketika sarapan dan makan malam. Begitulah mereka memuliakan tetamu.
Kami dihidangkan roti, kentang, tomato, telur rebus, minyak zaitun dan zaa'tar untuk sarapan pagi.
Hari kedua, Shiekh Mahir memberi peluang untuk kami keluar mencari makanan tempatan di Solo.
Juadah kuih turut disediakan. Kuih yang hampir sama dengan kuih di Malaysia seperti Kuih Serabai, Buah Melaka, Kuih Ketayap. Yang berbeza seperti kuih ketayap berwarna koko dan isinya ada pisang.
Sarapan pagi kami beli nasi lemak yang terdapat bihun, tempe, telur rebus goreng dan sambal geprek yang sangat pedas. Hidangan yang sedap.
Makan tengahari pula, kami dibawa ke restoran Domba Lawu di Bukit Lawu hampir 10 minit dari universiti. Katanya pelajar yang bawa kami ke sana restoran tersebut milik pusat pengajian Esykarima.
Di sana kami pesan nasi putih, samosa, sate domba, sup domba, gulai domba, air avokado dan pelbagai lagi. Alhamdulillah juadah yang sedap juga.
Begitu juga ketika pulang. Kami keluar dari universiti jam 11.30 malam dan sampai di lapangan terbang hampir jam 3 pagi.





























No comments:
Post a Comment