بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 20/2/23
Ketika baca kisah ini, teringat rakan rumah sewa di Syria dulu.
Bila uzur syarie, beliau tetap akan bangun sebelum subuh, khidmat diri, pakai tudung, duduk menghadap kiblat, memegang tasbih dan berzikir, menggantikan solat malam yang tak dapat ditunaikan kerana haid. Dan diakhiri dengan doa, sama seperti doanya selepas solat.
Beliau cuba untuk ISTIQAMAH dengan ibadat, dengan cara yang dibenarkan syarak.
Perkara yang kita SUKA, pasti semampunya kita tak akan tinggalkan.




No comments:
Post a Comment