Friday, February 22, 2013

Kesedihan seorang bapa

بسم الله الرحمن الرحيم

Berhari2 menatap, membelek, mengkaji dan membaca tafsir2 Surah Yusuf membuatkan saya bagai menyaksikan sendiri plot2 dalam Surah Yusuf di hadapan mata sendiri.

Imiginasi gambaran peristiwa dalam Surah Yusuf sentiasa berputar2 dalam minda. Bagi saya ini adalah kerana terlalu banyak memikirkan dan meneliti tafsir Surah Yusuf.

Perkara ini bagi saya adalah normal, sebagai contoh ketika dalam perancangan membuat Seminar Langkah Mudah Didik ANak Hafaz Al-Quran, oleh kerana setiap hari memikirkannya, ia boleh terbawa2 dalam mimpi.

Sebagai seorang ibu, kisah yang paling menusuk jiwa saya dalam Surah Yusuf dan membuatkan saya terfikir2 tentangnya di mana sahaja ialah hubungan keibubapaan antara Nabi Yaa'kub Alaihissalam dan anak2nya. Peristiwa ini membuatkan emosi kesedihan menghiris hati hingga menitiskan air mata.  Makin ditulis bahas tentang bab ini, makin pilu hati ini.

Kebetulan lagi sekarang ini, sedang menulis bab Kaedah Penyucian Diri Berkenaan Anak-anak Di dalam Surah Yusuf atau dalam Bahasa Arabnya:
منهج سورة يوسف في تهذيب شهوات الإنسان تجاه الولد.



Perkara pertama: yang amat menusuk hati saya ialah kesedihan Nabi Yaa'kub AlaihisSalam ketika diuji dengan perpisahan dengan anak kecilnya, Yusuf AlaihisSalam. dan respon dari seorang sahabat amat mengubati kesedihan ini. (pernah ditulis di sini)

Kedua ialah: Seorang Nabi dan hamba ALLAH yang soleh juga diuji dengan anak2 yang ingkar dan derhaka, yang sanggup merancang untuk membunuh adik mereka sendiri

Ketiga: Konflik dan cemburu buta antara adik beradik dan tuduhan bahawa ayah mereka pilih kasih dan hanya sayangkan adik kecil mereka sahaja. 

Perisitwa2 dalam Surah Yusuf ini memang banyak sangkut pautnya dengan kehidupan kita seharian.

InsyaALLAH jika ada masa nanti, akan diulas lagi lebih lanjut.

YA ALLAH janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami harungi. Limpahkanlah  Rahmat dan kasih sayangMu dalam keluarga kami.

Amin.

P/S: JOM BACA SURAH AL-KAHF PULA....

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. betul tu ustazah, cikgu pun kalau baca kisah nabi yusof ni rasa sedih sangat. bahayanya cemburu sampai sanggup berpisah dengan adik beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cemburu yang membawa kepada perancangan membunuh adik sendiri..

      Delete
  3. Apa saja yang dirakamkan dalam kitab suci Al-Quran sememangnya untuk dijadikan panduan, rujukan dan pedoman buat kita semua.

    Masyarakat kita sendiripun tidak terlepas daripada perasaan iri hati dan cemburu sesama ahli keluarga. Sama-sama kita terapkan nilai2 murni pada anak-anak kita.

    Tak sabar menanti ulasan seterusnya :) . Moga usaha sentiasa diberkati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah atas sokongan puan.

      Input yang baik dari puan. Terima kasih

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...