Sunday, January 11, 2015

Ulangkaji: Bagaimana mendidik anak dengan tarbiyah Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Sangat teruja dan tertarik bila membaca kitab (PERKAHWINAN ISLAM YANG BAHAGIA / الزواج الإسلامي السعيد)

Banyak perkara yang diulangkaji semula termasuk tentang tarbiah anak2

isi kandungan tentang mendidik anak2 secara Islam
Kitab ini boleh dibaca secara PDF di sini:

Sangat bagus dan membuat kita bermuhasabah semula.


Antara satu petikan yang ingin saya kongsi bersama:

Didik anak supaya suka membaca 
1- didik anak suka membaca dan menuntut ilmu

2- terkebelakang dalam pelajaran bukan bukti anak itu tidak cerdik

3- Dorong untuk rajin membaca dan katakan:
"InsyaALLAH satu hari nanti kamu akan menjadi seperti Sheikh Albani .....dan lain2"

MasyaALLAH. Satu point yang bagus.

InsyaALLAH jika ada kelapangan, saya akan kongsikan point2 yang menarik dalam kitab ini, InsyaALLAH (kebanyakan post dalam blog ini adalah auto post yang telah ditulis beberapa bulan yang lalu (ketika punya masa lapang) dan diset tarikh publishnya

ALLAH bantulah kita untuk mendidik anak-anak dengan tarbiyah Islam sebaiknya. AMin Ya Rabb

Saturday, January 10, 2015

Sempurnakah tanggungjawab (hak) kita terhadap anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara persoalan yang seringkali bermain di fikiran, berkali2, bertahun2.......

Adakah sempurna hak anak-anak yang kita berikan kepada mereka???


Cukupkah Kasih sayang yang kita berikan kepada anak-anak?

Sempurnakah nilai2 agama yang kita terapkan dan ajarkan kepada anak2?

Sempurnakah pendidikan yang kita berikan kepada anak2?

Dengan kesibukkan kita dengan benda2 lain, adakah kita ini menjadi pendengar yang baik terhadap kata-kata dan cerita anak kita?

Adakah kita cukup memberi perhatian melihat dan merenung dalam sinar mata anak kita?

Kalaulah manusia itu lebih banyak beristigfar dari merungut,
maka dia akan mendapat ketenangan dan penyelesaiannya sebelum dia merungut


Astagfirullah.....

Allah bantulah KAMI untuk menyempurnakan semua tanggungjawab lebih-lebih lagi terhadap anak. 
Amin

Tuesday, January 6, 2015

Soal jawab bersama anak2.

بسم الله الرحمن الرحيم

Soal jawab yang dilakukan dengan anak2.

Sentiasalah kita mengingatkan anak2 kita tentang target hidup kita di dunia ini:


soalan pertama:

Jawapan Abdullah (6 tahun):
" Sebab tak mau kena berdiri dalam halaqah." hahahaha

Jawapan Abd Rahman (8 tahun):
"Sebab nak masuk syurga . Sebab ALLAH sayang orang yang hafaz Al-Quran."

soalan kedua:

Jawapan Abdullah (6 tahun):
" sebab dan masuk waktu" hahahaha

Jawapan Abd Rahman (8 tahun):
"Sebab nak masuk syurga . Sebab nak ALLAH sayang kita."

soalan ketiga:

Jawapan kedua-dua mereka:
"sebab nak pandai."

Ulasan saya:
"Sebab kita nak kenal ALLAH.
Kita nak tau Allah sayang orang yang macamana
Kita nak tau ALLAH nak suruh kita buat apa
Allah tak bagi kita buat apa
Apa yang Rasulullah Sallahu Alaihi wasallam suka


Demikianlah sikit sebanyak sesi soal jawab dengan anak-anak.

Moga menjadi orang yang bertaqwa.
amin.

Sunday, January 4, 2015

Catatan Kuliah Maghrib anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaALLAH syukur atas segala nikmat kurniaan ALLAH yang begitu banyak.

Cepat sungguh masa berlalu.

Jika tiga tahun yang lalu, jika saya membawa anak-anak ke kuliah di masjid, mereka akan membuat aktiviti lain seperti mewarna, melukis, main, makan, BACA DI SINI, MasyaALLAH cepatnya mereka berubah..Sekarang Alhamdulillah Abdullah dan Abdul Rahman sudah mampu mencatit nota kuliah.

Lebih-lebih lagi Abdul Rahman yang saya minta duduk di sof muslimin (tempat yang boleh saya nampak dia) dan catat point-point kuliah.


catatan kuliah
di Masjid Binjai
31 Disember 2014

Oleh Abd Rahman



catatan kuliah di Masjid Sg. Layar
1 Januari 2015

saya minta Abdul Rahman tulis 10 point kuliah

Dia duduk seorang di tempat muslimin dan tulis sendiri

MasyaALLAH. Moga ALLAH berkati dan kukuhkan ilmu
dalam hati anak2 kita.
Amin3


Ini pula catatan kuliah Abdullah (6 tahun)
1 januari 2015

Untuk Abdullah, ini kali pertama dia mencatat kuliah sebanyak ini

Abaikan kesalahan ejaan budak 6 tahun ini

Untuk Abdullah, saya sebutkan pointnya, kemudian dia catit. Itulah juga yang saya lakukan kepada Abang Abdul Rahman
pada permulaan dia mula mencatat kuliah dahulu, sebelum dia
mahir mencatat kuliah sendiri
Bagi saya, ini adalah satu kejayaan besar bagi seorang kanak-kanak yang boleh duduk dengar kuliah di masjid dengan tekun dan menulis point2 kuliah sendiri. ALLAH berkati ilmu kita semua.

Perjalanan ilmu dan dakwah ini masih jauh. ALLAH berkati dan berikanlah kami istiqamah dalam amalan, Amin3

Saturday, January 3, 2015

Info Buku: Tak Kenal Maka Tak Cinta (bukan buku cinta)

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini asalnya dibeli untuk bacaan saya. Tapi apabila Abdul Rahman melihat, dia membacanya dan mula meminati isi kandungan buku ini. Abdul Rahman juga khatam buku ini sebelum saya khatam. huhuhu

Tak Kenal Maka Tak Cinta
tulisan Ustaz Hasrizal

Antara isi kandungannya:

ilustrasi dan kata-kata yang pendek , namun membuat kita termenung memikirkan maksud di sebaliknya.

Buku ini bukanlah buku cinta jiwang-jiwang punya.

Ia adalah tentang kehidupan seharian kita



INsyaALLAH antara buku yang akan dibeli nanti INsyaALLAH
Permintaan Abdul Rahman

Buku Muslim Show

Abdul Rahman ( 8 Tahun) meminati isi buku ini
Beria-ria benar dia menceritakan isi buku ini kepada saya


Allah suburkan rasa cintakan ilmu dalam jiwa kita semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...