Wednesday, July 12, 2017

Karya Abdullah: Cerita hidup saya

بسم الله الرحمن الرحيم


Dahulu saya kecik saya diajar beribadah seperti solat,baca quran,puasa,zakat,dan banyak lagi ibadah lain.

Hidup saya ini ok saja dan sekarang saya belajar di sekolah Maahad Al Iman dan saya belajar Bahasa Arab,Bahasa Melayu,Bahasa English dan banyak lagi begitulah kehidupan saya......tamat




Monday, July 10, 2017

Karya Abdullah: Berusaha

بسم الله الرحمن الرحيم


Abdullah ( 9 tahun) sekarang ini bersemangat untuk mengarang cerita. Abdullah juga seorang yang sangat rajin membaca, dia adalah rakan berkongsi minat dalam membeli buku dan ebook.

"Adik tulislah, InsyaALLAH nanti adik boleh terbitkan buku."


Saya galakkan dan puji semangatnya untuk mengarang cerita.

 Dia mengarang menggunakan aplikasi note di dalam tab dan minta untuk diletakkan di dalam blog ini.

InsyaALLAH karya-karya Abdullah akan dikongsikan dalam blog ini.

"Nanti dah besar nanti, adik nak jadi (penulis) macam baba dan mama."

"Allah jadikan adik penulis yang lebih hebat dari mama dan baba."

Semoga semangat menulis ini akan  berterusan dan diberkati ALLAH.

Semoga ia bermanfaat buat masyarakat.

Ia adalah satu permulaan. InsyaALLAH ia akan digilap sehingga menjadi lebih baik dan penulis yang berjaya serta diredhai ALLAH.


---------------------------------------




Dahulu saya tidak tahu naik basikal tayar dua. dan saya terus berusaha sampai berjaya.dan sekarang saya sudah mahir menaiki basikal tayar dua.begitulah hidup kita, siapa yang berusaha dia akan berjaya di masa depan.....tamat


Latihan berbasikal menuju ke rumah tok wan sejauh 2KM




Saturday, July 8, 2017

Liku-liku perjalanan mendidik anak dengan Al-Quran (Siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم



SAMBUNGAN DARI ENTRI LALU.... Baca di sini

"Hidup ni takkan nak semuanya mudah ja, bila lagi nak rasa susah, baru susah sikit ja dah putus asa. Anak yang susah nak hafaz Alquran, mak yang stress dan putus asa?" Suara di dalam hati memujuk diri sendiri agar terus bertabah dalam perjalanan bersama Alquran.


Ya. Perjalanan ini bukanlah perjuangan sendirian.. Ia perjalanan kami sekeluarga bersama-sama. Susah senang sama-sama berkongsi rasa.

Rasa putus asa dan ragu-ragu juga mula timbul apabila terbaca tulisan-tulisan yang seakan-akan memberi tanggapan negatif dan kurang manfaat bagi usaha menghafaz Alquran sejak dari kecil.

"Menghafal Alquran sahaja ?! Menjejaskan potensi anak-anak. Tak boleh nak gilap bakat dan nilai diri mereka yang lain!"

Allah....







"Ulamak dan ilmuwan terkemuka sejarah lampau dah membuktikan usaha mereka berjaya dalam pelbagai bidang mereka dan mereka itu penghafaz Alquran." Suara hati memujuk agar terus tetap dalam perjalanan mendidik anak-anak dengan Alquran sejak dari kecil.

Bukan terhad menghafaz Alquran sahaja, tapi biarlah ia menjadi ilmu utama yang kita titikberatkan dalam kehidupan. InsyaAllah perjalanan memahami Alquran dan ilmu-ilmu lain turut dipelajari juga.

Biarlah kita menjadi orang yang menjadikan Alquran keutamaan yang terbesar dalam hidup. 

Moga Allah Redha.



"Tunjukkanlah kami jalan yang benar Ya Rabb. Janganlah sekalipun Engkau palingkan kami dari kebenaran Ya Rabb. Jadikanlah Alquran yang kami usaha untuk menghafaz, memahami dan mengamalkannya ini sebagai pelindung kami dari maksiat dan fitnah dunia. Jadikanlah Alquran ini hiasan akhlak dan peribadi zuriat-zuriat kami Ya Rabb." Itulah doa yang dipanjatkan sepanjang hayat.


Cubalah untuk bertolak ansur supaya anak-anak tidak jemu menghafaz Alquran.

Ibarat menarik tali. 

Adakalanya apabila mereka dikurniakan kemudahan, motivasi dan semangat oleh Allah untuk menghafaz Alquran dan mengulangnya, biarlah mereka mengulangkan dengan banyak, tapi adakalanya mereka diuji sedikit kesukaran, berilah mereka peluang dan mudahkanlah mereka. 



Cubalah untuk beri motivasi dan semangat.

Bantulah mereka untuk bangun dan kembali bersemangat menghafaz Alquran.

Sesungguhnya diri ini banyak salah silap emosinya dalam mendidik anak-anak. Cuba usaha sebaik mungkin untuk menjadikan keadaan lebih baik. 

Diri kita sama sekali tidak sempurna. Allah jualah tempat mengadu dan memohon bantuan dalam mendidik anak-anak.

Aku inginkan perjalanan bersama Alquran sepanjang hidup kami dan zuriat kami. Jadikanlah Alquran pendamping kami hingga ke syurga. 

Hindarilah kami dari rasa putus asa Ya Rabb!



Nota: sumber semua gambar dari Google

Wednesday, July 5, 2017

Liku-liku perjalanan mendidik anak dengan Al-Quran (Siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم


Semalam terlihat post ini di Facebook Puan Siti Aminah Sulaiman.




Kebetulan sehari dua ini juga, diri merasa putus asa dan agak emosi dengan hafazan Alquran anak-anak.

Ya. Dari pengalaman yang pernah dilalui, memberi saya gambaran bahawa perjalanan menghafaz Alquran bukanlah terlalu ideal, mudah dan sempurna setiap masa. 

Wallahua'lam, mungkin tidak semua orang begitu.

Liku-liku yang menjadikan kita lebih peka dan prihatin untuk menghafaz AlQuran.


Abang Abbudey pernah lalui pengalaman sukar menghafaz Alquran ketika menghafaz Surah Al Isra' dan Surah Hud seperti yang dituliskan DI SINI , SINI dan SINI.

Ia mengingatkan kembali kepada zaman remaja saya yang juga sukar menghafaz Surah Hud juga sehingga menangis-nangis,  menunjukkan perasaan tidak puas hati di hadapan ustazah hingga dipanggil ke pejabat guru besar dan diberikan nasihat.


Apabila Abdul Rahman sukar untuk mengingati Surah Hud, terus teringat sejarah silam itu.

"Takpelah, hari ini abang ulang 10 mukasurat sahaja, yang penting abang ulang sampai ingat."

Peluang diberikan moga-moga dapat mengurangkan sedikit kesukaran dan kepayahan Abdul Rahman mengulang hafazan Surah Hud.

Bukan selalu mereka tidak lancar mengulang hafazan. Biasanya mereka mudah sahaja ingat dan boleh mengulang hafazan dengan baik, cuma ada beberapa surah yang agak sukar bagi mereka.

Ia juga pernah dilalui oleh saya ketika dibangku tahfiz dulu.

Begitu juga dengan Abdullah. Beberapa hari lalu ketika mengulang hafazan lamanya pada Surah Al Qosos, Abdullah banyak melakukan kesilapan dan tidak ingat ayat di dalam Surah tersebut.

"Adik ulang banyak kali sampai tak sempat nak hantar hafazan kat ustaz." Abdullah mengadu.

Setiap kesukaran pasti ada ganjaran berganda padanya


"Takpelah , esok adik hantar 5 muka sahaja dari Surah Al Qosos, dan 5 muka lagi dari juz 28. Yang penting adik ulang sampai ingat." 

Pada hari biasa, ulangan hafazan Abdullah adalah 15 mukasurat dan ulangan  hafazan Abdul Rahman adalah 20 mukasurat sehari.


Bukanlah nak membahagi-bahagikan surah-surah Alquran itu kepada senang dan susah. Allah dah menjanjikan Alquran itu mudah untuk dihafaz sebanyak 4 kali di dalam Surah Al Qomar namun ia mungkin detik-detik ujian bagi penghafaz Alquran.



Diuji dengan sedikit kesukaran untuk menghafaz dan mengingati ayat Alquran agar kita sentiasa ingat bahawa Allah jualah yang berkuasa meletakkan Alquran di dalam hati kita. Adulah dan berdoalah kepadanya.

Jadilah Realistik!

Hidup ini pasti ada masa sukar, sedih dan ada masa yang mudah dan gembira.


Malahan bukan sekali hati terdetik untuk berputus asa dengan perjalanan Alquran anak-anak.

"Susah-susah sangat tak payahlah hafal Alquran." Kekecewaan yang dilafazkan depan suami.
Astagfirullah...

Jarum hasutan syaitan dan hawa nafsu untuk berputus asa berjaya mencucuk.


Astagfirullah.

Abdullah sudah 13 juz (baki 17juz), Abdul Rahman pula sudah 23 juz (baki 7 juz lagi untuk khatam 30 juzuk Alquran), namun hasutan untuk berputus asa itu dapat hadir dalam hati. 



Astagfirullah.


BERSAMBUNG DI ENTRI AKAN DATANG INSYAALLAH.

Nota: sumber semua gambar dari Google

Monday, July 3, 2017

Percubaan Pertama Menulis Karangan Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

- 29/3/2017

Alhamdulillah...

Antara perkara yang penting dalam menuntut ilmu (hatta dalam apa perkara sekalipun) ialah: SEMANGAT !

Dengan semangat, seseorang itu akan bertenaga padu dan berusaha bersungguh-sungguh.

Begitulah dengan keadaan Abang Abbudey ketika pertama kali membuat kerja sekolah karangan Bahasa Arab yang diberikan oleh ustazah di sekolah.
(Semoga anak-anak sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu sepanjang hayat mereka)

Begitu bersemangat dan terujanya Abang Abbudey menulis karangan yang bertajuk:
بر الوالدين
Berbuat baik kepada ibu bapa.

Hinggakan dia mencari kitab-kitab hadisnya yang lama-lama di rumah (ketika darjah 4, 3 dan lain-lain) untuk memasukkan petikan hadis dalam karangan tersebut.

Dah macam buat bahas dah gayanya.

Karangan pertama Abdul Rahman




  Suasana pembelajaran Bahasa Arab di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran


Seronok dengan tulisan karangannya itu, Abang Abbudey membacakannya (dengan sendirinya tanpa dipinta) di hadapan mama dan baba dengan penuh teruja.

"Mama suka tengok abang sungguh-sungguh buat karangan Bahasa Arab. Abang kena rajin buat karangan Bahasa Arab sampai pandai, nanti boleh tulis bahas dan buku dalam Bahasa Arab pula. Adik pun kena buat juga karangan Bahasa Arab macam abang jugak." diambil kesempatan dengan keterujaan dan semangat Abang Abbudey dengan menulis karangan Bahasa Arab itu.


Suasana pembelajaran Bahasa Arab di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran


"Kalau dah pandai Bahasa Arab, nanti senang nak belajar kat Syria, nak rujuk kitab-kitab. Kitab-kitab banyak dalam Bahasa Arab."



Inilah antara usaha dan doa yang sering dipohon. Agar anak-anak mahir berbahasa Arab.

Amin Ya Rabb.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...