Saturday, July 8, 2017

Liku-liku perjalanan mendidik anak dengan Al-Quran (Siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم



SAMBUNGAN DARI ENTRI LALU.... Baca di sini

"Hidup ni takkan nak semuanya mudah ja, bila lagi nak rasa susah, baru susah sikit ja dah putus asa. Anak yang susah nak hafaz Alquran, mak yang stress dan putus asa?" Suara di dalam hati memujuk diri sendiri agar terus bertabah dalam perjalanan bersama Alquran.


Ya. Perjalanan ini bukanlah perjuangan sendirian.. Ia perjalanan kami sekeluarga bersama-sama. Susah senang sama-sama berkongsi rasa.

Rasa putus asa dan ragu-ragu juga mula timbul apabila terbaca tulisan-tulisan yang seakan-akan memberi tanggapan negatif dan kurang manfaat bagi usaha menghafaz Alquran sejak dari kecil.

"Menghafal Alquran sahaja ?! Menjejaskan potensi anak-anak. Tak boleh nak gilap bakat dan nilai diri mereka yang lain!"

Allah....







"Ulamak dan ilmuwan terkemuka sejarah lampau dah membuktikan usaha mereka berjaya dalam pelbagai bidang mereka dan mereka itu penghafaz Alquran." Suara hati memujuk agar terus tetap dalam perjalanan mendidik anak-anak dengan Alquran sejak dari kecil.

Bukan terhad menghafaz Alquran sahaja, tapi biarlah ia menjadi ilmu utama yang kita titikberatkan dalam kehidupan. InsyaAllah perjalanan memahami Alquran dan ilmu-ilmu lain turut dipelajari juga.

Biarlah kita menjadi orang yang menjadikan Alquran keutamaan yang terbesar dalam hidup. 

Moga Allah Redha.



"Tunjukkanlah kami jalan yang benar Ya Rabb. Janganlah sekalipun Engkau palingkan kami dari kebenaran Ya Rabb. Jadikanlah Alquran yang kami usaha untuk menghafaz, memahami dan mengamalkannya ini sebagai pelindung kami dari maksiat dan fitnah dunia. Jadikanlah Alquran ini hiasan akhlak dan peribadi zuriat-zuriat kami Ya Rabb." Itulah doa yang dipanjatkan sepanjang hayat.


Cubalah untuk bertolak ansur supaya anak-anak tidak jemu menghafaz Alquran.

Ibarat menarik tali. 

Adakalanya apabila mereka dikurniakan kemudahan, motivasi dan semangat oleh Allah untuk menghafaz Alquran dan mengulangnya, biarlah mereka mengulangkan dengan banyak, tapi adakalanya mereka diuji sedikit kesukaran, berilah mereka peluang dan mudahkanlah mereka. 



Cubalah untuk beri motivasi dan semangat.

Bantulah mereka untuk bangun dan kembali bersemangat menghafaz Alquran.

Sesungguhnya diri ini banyak salah silap emosinya dalam mendidik anak-anak. Cuba usaha sebaik mungkin untuk menjadikan keadaan lebih baik. 

Diri kita sama sekali tidak sempurna. Allah jualah tempat mengadu dan memohon bantuan dalam mendidik anak-anak.

Aku inginkan perjalanan bersama Alquran sepanjang hidup kami dan zuriat kami. Jadikanlah Alquran pendamping kami hingga ke syurga. 

Hindarilah kami dari rasa putus asa Ya Rabb!



Nota: sumber semua gambar dari Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...