بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam terlihat post ini di Facebook Puan Siti Aminah Sulaiman.
Kebetulan sehari dua ini juga, diri merasa putus asa dan agak emosi dengan hafazan Alquran anak-anak.
Ya. Dari pengalaman yang pernah dilalui, memberi saya 
gambaran bahawa perjalanan menghafaz Alquran bukanlah terlalu ideal, mudah dan 
sempurna setiap masa. 
Wallahua'lam, mungkin tidak semua orang begitu.
Liku-liku yang menjadikan kita lebih peka dan prihatin untuk menghafaz AlQuran.
Wallahua'lam, mungkin tidak semua orang begitu.
Liku-liku yang menjadikan kita lebih peka dan prihatin untuk menghafaz AlQuran.
Abang Abbudey pernah lalui pengalaman sukar menghafaz 
Alquran ketika menghafaz Surah Al Isra' dan Surah Hud seperti yang 
dituliskan DI SINI , SINI dan SINI.
Ia mengingatkan kembali kepada zaman remaja saya yang juga 
sukar menghafaz Surah Hud juga sehingga menangis-nangis,  menunjukkan 
perasaan tidak puas hati di hadapan ustazah hingga dipanggil ke pejabat 
guru besar dan diberikan nasihat.
Apabila Abdul Rahman sukar untuk mengingati Surah Hud, terus teringat sejarah silam itu.
"Takpelah, hari ini abang ulang 10 mukasurat sahaja, yang penting abang ulang sampai ingat."
Peluang diberikan moga-moga dapat mengurangkan sedikit kesukaran dan kepayahan Abdul Rahman mengulang hafazan Surah Hud.
Bukan selalu mereka tidak lancar mengulang hafazan. 
Biasanya mereka mudah sahaja ingat dan boleh mengulang hafazan dengan 
baik, cuma ada beberapa surah yang agak sukar bagi mereka.
Ia juga pernah dilalui oleh saya ketika dibangku tahfiz dulu.
Begitu juga dengan Abdullah. Beberapa hari lalu ketika 
mengulang hafazan lamanya pada Surah Al Qosos, Abdullah banyak melakukan
 kesilapan dan tidak ingat ayat di dalam Surah tersebut.
"Adik ulang banyak kali sampai tak sempat nak hantar hafazan kat ustaz." Abdullah mengadu.
"Takpelah , esok adik hantar 5 muka sahaja dari Surah Al 
Qosos, dan 5 muka lagi dari juz 28. Yang penting adik ulang sampai 
ingat." 
Pada hari biasa, ulangan hafazan Abdullah adalah 15 mukasurat 
dan ulangan  hafazan Abdul Rahman adalah 20 mukasurat sehari.
Bukanlah nak membahagi-bahagikan surah-surah Alquran itu 
kepada senang dan susah. Allah dah menjanjikan Alquran itu mudah untuk 
dihafaz sebanyak 4 kali di dalam Surah Al Qomar namun ia 
mungkin detik-detik ujian bagi penghafaz Alquran.
Diuji dengan sedikit kesukaran untuk menghafaz dan 
mengingati ayat Alquran agar kita sentiasa ingat bahawa Allah jualah 
yang berkuasa meletakkan Alquran di dalam hati kita. Adulah dan 
berdoalah kepadanya.
Jadilah Realistik!
Hidup ini pasti ada masa sukar, sedih dan ada masa yang mudah dan gembira.
Malahan bukan sekali hati terdetik untuk berputus asa dengan perjalanan Alquran anak-anak.
"Susah-susah sangat tak payahlah hafal Alquran." Kekecewaan yang dilafazkan depan suami.
Astagfirullah...
Jarum hasutan syaitan dan hawa nafsu untuk berputus asa berjaya mencucuk.
Astagfirullah.
Abdullah sudah 13 juz (baki 17juz), Abdul Rahman pula sudah
 23 juz (baki 7 juz lagi untuk khatam 30 juzuk Alquran), namun hasutan 
untuk berputus asa itu dapat hadir dalam hati. 
Astagfirullah.
Astagfirullah.





No comments:
Post a Comment