Monday, November 27, 2017

Buah Letup Dan Lembu?

بسم الله الرحمن الرحيم


Antara nikmat Allah yang disyukuri ialah masa tenang bersama anak-anak.

Dapat beriadah sebentar dengan anak-anak pada waktu petang atau pergi ke kedai membeli barang dapur, lari sebentar dari tugasan yang banyak dapat memberi ketenangan dan mengisi semula tenaga untuk dapat membuat kerja dengan lebih bersemangat lagi.

Selain itu, banyak juga ilmu baru yang dapat dijumpai dari alam sekitar.

Antaranya ialah Buah Letup.

Buah Letup tumbuh liar tinggi di atas sana


Cuba untuk petik yang sudah masak kuning sahaja
 Untuk saya yang membesar di Kuala Lumpur, memang tidak pernah jumpa Buah Letup ketika zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.

Jika pernah pun, di pasaraya. Itu pun mahal.


Buah Letup dipagari oleh jaring-jaringnya yang unik.

MasyaALLAH

Cantik!

Amat takjub apabila menjumpai Buah Letup yang liar di tepi jalan.

Kupas dahulu

Isi Buah Letup seperti isi Buah Markisa.

Rasanya masam-masam manis.

Kanak-kanak sukalah.


Dapatlah banyak ini.

Ketenangan juga apabila berada di depan lopak air.

Seronok baling batu di dalam lopak air

Melihat sekumpulan besar lembu (gambar di belakang Zaid)
pulang ke kandang pada waktu petang.

Dengan awan yang cerah , panorama gunung di belakang.

MasyaALLAH.

Indah sekali.

Alhamdulillah.


Walaupun ia adalah perkara yang remeh, tapi masyaAllah , ia membahagiakan apabila melihat anak-anak seronok ketika itu.

Seronok melihat banyak lembu dan mengejar lembu.

Remeh.

Tapi ia membahagiakan.

Seronok mencari buah letup yang masak, berusaha memetik.

Remeh.

Tetapi ia membahagia!

Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH yang meletakkan bahagia itu dekat dengan diri kita.

Friday, November 24, 2017

Kelazatan yang sukar digambarkan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah antara isi kandungan kuliah Maghrib yang saya hadiri pada bulan 10 yang lalu.

Ya. Ada beberapa situasi yang zahirnya kita lihat perit, namun bagi orang yang menghadapinya, dia sanggup menghadapinya kerana kelazatan nikmat yang tersembunyi di sebaliknya.

Sebagai contoh:

Solat tahajjud di sepertiga malam.

Tidur memanglah nikmat yang sangat lazat. Kalau boleh terus tidur tanpa diganggu, itulah yang dipilih.

Tambahan pula bagi kita orang dewasa, tiada siapa yang boleh menetapkan masa tidur dan jaga kita kecuali diri sendiri.

Kita bukanlah anak-anak kecil yang perlu diarah-arah untuk tidur dan dikejutkan bangun dari tidur. Semuanya adalah pilihan 
Namun apa yang menyebabkan kita memilih untuk meninggalkan kelazatan tidur dan bangkit, berwuduk, solat tahajjud, baca Al quran, berdoa......

Itulah kelazatan qiamullail yang hanya boleh digambarkan bagi orang yang merasainya sahaja.


Begitu juga keperitan membuka pusat pendidikan Islam


Banyak payah dan peritnya.

Sukar mendapatkan dana.

Cabaran mendidik pelajar dan waris.

Namun ada kelazatan mendidik di sebaliknya yang membuatkan mereka ini sanggup menanggung semua kepayahan ini.

Semoga Allah redha.


Tuesday, November 21, 2017

Isu menonton kartun dan lipat baju.


بسم الله الرحمن الرحيم

Anak-anak sedia maklum tentang peraturan untuk menonton kartun di dalam rumah kami.

1. Kartun dalam bahasa arab, dipilih oleh kami, download dan dipasang menggunakan usb player di tv. Alhamdulillah selamat dari kartun dan iklan yang haram.

2. Kerja-kerja hafazan dan tugasan lain mesti habis semuanya dahulu, barulah boleh menonton kartun.

3. Mesti solat awal waktu. Jika azan ketika sedang menonton kartun, boleh pause dan solat dahulu. Jangan lewat-lewatkan solat. Bila dengar azan terus solat. Jangan berlengah-lengah.

4. Jika ada kain baju yang belum dilipat lagi, boleh tolong lipat sekali sambil-sambil menonton kartun, barulah tidak membazir masa sangat.

Alhamdulillah apabila sudah serasi dengan peraturan begini sejak dari kecil, tiada keberatan untuk mematuhinya.

Abdullah juga sudah biasa melihat baju dan dapat melakukannya dengan kemas dan teratur. Alhamdulillah.


Saya akan ingatkan ahli-ahli rumah ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Abdullah setiap kali dia lipatkan baju semua orang sambil-sambil dia menonton kartun. 

" Terima kasih adik sebab tolong lipatkan baju kami."

Abdullah juga rasa dihargai hingga dengan sukarelanya dia menawarkan diri
untuk melipat semua baju.

"Takpa takpa... biaq adik lipat semua baju. Hari ni adik nak lipat baju sorang"
InsyaAllah tiada isu malas melipat kain baju dan kain baju menggunung tidak dilipat.

Begitu juga dengan pinggan mangkuk di rumah. Semua orang mesti kena terus basuh pekakas dapur yang digunakan. Jangan dibiarkan kotor sahaja di dalam sinki.

Biarlah anak-anak lelaki pun peka tentang kebersihan dan kekemasan dalam sehari-hari.

Islam itu kan bersih dan indah!

Sunday, November 19, 2017

Kemahiran menyalin dalam Bahasa Arab.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sebenarnya saya juga agak terkejut apabila melihat catatan kuliah Abdullah dan Abdul Rahman yang ditulis dalam Bahasa Arab ketika menghadiri Kuliah Sheikh Dr. Ratib An Nabulsi seperti yang ditulis di dalam entri di sini:

Saya sangkakan mereka tulis dalam Bahasa Melayu mengikut terjemahan yang diterjemahkan oleh penterjemah dalam kuliah tersebut.

Mereka menyalin nota kuliah tersebut sendiri dalam Bahasa Arab tanpa memohon bantuan kepada orang lain dan tidak meniru sama sendiri.

Catatan kuliah Abdullah

Catatan kuliah Abdul Rahman

Mereka cukup marah dan berkelahi kalau ada di antara mereka yang meniru nota kuliah masing-masing.

Dapat menyalin semula apa yang disampaikan dalam Bahasa Arab bukanlah mudah.



Ia adalah satu kemahiran yang baik.

Teringat saya ketika awal-awal sampai ke Syria.

Bertemu dengan Sheikh Ratib An Nabulsi selepas kuliah.

Moga ada keberkatannya


Walaupun sudah mempelajari Bahasa Arab sejak dari zaman tadika berterusan, namun apabila mendengar orang arab berbicara, sukar untuk fahami apa yang mereka katakan.

Ia juga adalah satu kesukaran untuk menyalin nota kuliah yang disampaikan oleh pensyarah ketika di awal kedatangan ke Syria.




Inilah kuliah yang dihadiri oleh kami sekeluarga


Kerana itulah, agak terkejut apabila melihat Abdullah dan Abdul Rahman mampu menyalin semula nota kuliah yang disampaikan oleh Sheikh Ratib An Nabulsi dalam Bahasa Arab, walaupun terdapat beberapa kesalahan ejaan.

Teruskan menuntut ilmu dan semoga terus maju.

Amin.

Saturday, November 18, 2017

Bila Abdul Rahman buat kejutan.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mama... Abang nak buat surprise untuk mama nanti." Abdul Rahman tiba-tiba memberitahu.

Kelakar pula rasanya. Nak buat kejutan, tapi beritahu pula nak buat kejutan.

Kejutan bukan kerana apa-apa sempena dan tema pun.
Saja-saja katanya.

"Pssst...Psst...warna pink dan merah ye adik." Abdul Rahman berbisik-bisik dengan Abdullah.

Geram pula bila buat orang tertanya-tanya.

"Mama, pinjam mama punya HP dengan laptop sat." Abdul Rahman meminta izin.

"Mama, kalau ada staf maahad Wassap, mama jangan tengok tau."

Bertambah-tambah kelakar jadinya.

Macammanalah tak nak tengok, Whatsapp kan terus naik dan terpampang bila sampai mesej.

Inilah yang terjadi....


Ini mesej yang Abdul Rahman tak bagi buka...

tapi ustazahnya tak tahu yang Abdul Rahman nak buat kejutan untuk mama.

.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah kejutannya...

Yang pink merah tu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Purse RM 5

Key chain RM 1

RM 2


Bila anak2 tempah key chain RM 1, RM 2 dan purse RM 5, rasa alahai.... Murahnya.. Dengan tenaga, masa, dan material yg diguna.

Mungkin penjual ingin bersedekah.
Murah rezekinya insyaAllah....



"Terima kasih abang bagi hadiah kat mama."

"Mama bayar sendiri RM 5 boleh tak? Duit tabung abang dah tinggal sikit..."

Ini betul-betul kejutan ni...

Hahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...