بسم الله الرحمن الرحيم
Anak-anak sedia maklum tentang peraturan untuk menonton kartun di dalam rumah kami.
1. Kartun dalam bahasa arab, dipilih oleh kami, download dan dipasang menggunakan usb player di tv. Alhamdulillah selamat dari kartun dan iklan yang haram.
2. Kerja-kerja hafazan dan tugasan lain mesti habis semuanya dahulu, barulah boleh menonton kartun.
3. Mesti solat awal waktu. Jika azan ketika sedang menonton kartun, boleh pause dan solat dahulu. Jangan lewat-lewatkan solat. Bila dengar azan terus solat. Jangan berlengah-lengah.
4. Jika ada kain baju yang belum dilipat lagi, boleh tolong lipat sekali sambil-sambil menonton kartun, barulah tidak membazir masa sangat.
Alhamdulillah apabila sudah serasi dengan peraturan begini sejak dari kecil, tiada keberatan untuk mematuhinya.
Abdullah juga sudah biasa melihat baju dan dapat melakukannya dengan kemas dan teratur. Alhamdulillah.
Saya akan ingatkan ahli-ahli rumah ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Abdullah setiap kali dia lipatkan baju semua orang sambil-sambil dia menonton kartun.
" Terima kasih adik sebab tolong lipatkan baju kami."
Abdullah juga rasa dihargai hingga dengan sukarelanya dia menawarkan diri untuk melipat semua baju. "Takpa takpa... biaq adik lipat semua baju. Hari ni adik nak lipat baju sorang" |
InsyaAllah tiada isu malas melipat kain baju dan kain baju menggunung tidak dilipat.
Begitu juga dengan pinggan mangkuk di rumah. Semua orang mesti kena terus basuh pekakas dapur yang digunakan. Jangan dibiarkan kotor sahaja di dalam sinki.
Biarlah anak-anak lelaki pun peka tentang kebersihan dan kekemasan dalam sehari-hari.
Islam itu kan bersih dan indah!
Allah so inspiring...anak saya yang setahun tu pun juga namanya Abdullah..moga jadi anak soleh mcm Abdullah:)
ReplyDelete