Monday, September 30, 2013

Menyusun huruf hijaiyyah menggunakan blok iqra'

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada awal tahun ini, saya pernah menulis tentang blok iqra' seperti gambar di bawah ini:

Tulisan tentang blok ini boleh dibaca di sini:
dan

Beberapa hari yang lalu, Abdullah mengambil blok ini dan bermain. (Permainan yang disimpan, bila diambil semula akan rasa seperti bermain dengan mainan baru kerana lama tak bermain dengannya.


Abdullah menyusun dan mengingat sendiri urutan huruf hijaiyyah dari bawah ke atas. jadi alif akan berada di bawah sekali, di atasnya ba...... dan seterusnya
kelihatan baris hurufnya berbeza kerana Abdullah melihat baris pada kiub yang di atas

seperti ini

dia begitu seronok menyusun sehingga habis

kemaskan binaan susunan huruf hijaiyyah.

seronok sebab dan selesai...
Alhamdulillah susunan huruf hijaiyyah dari alif hingga ya amat senang dan dapat diingati, disusun dengan betul.

Saturday, September 28, 2013

Kraf: Puppet Zirafah

بسم الله الرحمن الرحيم

Kraf kali ini juga adalah hadiah dari mak long Safiyyah kepada Abang Abbudey


kotak kraf

belakang kotak
isinya


cara membuatnya


hasil yg dah siap dibuat oleh Abang Abbudey dan Adik Abdullah....

p/s: mata zirafah ini dah tercabut..
proses membuatnya tak sempat nk tgkp gmbr =P
              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Thursday, September 26, 2013

Menulis Diari Celik Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, proses mengenalkan Abang Abbudey dengan buku Diari Celik Saya, Inpirasi dr Prof Muhaya (pernah diulas di sini) disambut baik oleh Abang Abbudey.

Alhamdulillah, Abang Abbudey menunjukkan minat untuk mencatat Diari Celik Saya. 

Pada permulaannya, sedikit bimbingan dan idea prlu dijelaskan kepada anak darjah 1 ini, bagaimana perlu isi Diari Celik Saya itu, tapi lama2 Abang Abbudey mampu berfikir dan tulis sendiri tentang impiannya, kesyukurannya, muhasabah solat dan bacaan AL-Qurannya ... Alhamdulillah..

inilah bukunya

Abang Abbudey sedang melukis impiannya

tekun.
MasyaALLAH

adik pun nak melukis juga



Bagi saya, memiliki Diari Celik Saya ini akan menyedarkan anda tentang pentingnya anak2 berfikir tentang impian mereka dan muhasabah diri mereka

Tuesday, September 24, 2013

Abbudey: Surah HA MIM yg KE-7 sempena umur 7 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bulan september ini genaplah umur Abang Abbudey 7 tahun. ALLAH berkatilah anak2 ini sepanjang hayatnya dan jadikanlah mereka insan yg bermanfaat kepada Islam.

Kebetulan juga, pada bulan ni juga Abang Abbudey dalam proses menghafal Surah Ha mim (حم)  yg terakhir baginya, iaitu Surah Ghofir/ Mukmin... Boleh rujuk di sini:


Surah baru hafazan Abang Abbudey di awal usia 7 tahun
Surah2 di dalam AL-Quran yg dimulai dengan ha mim (حم) ada 7 semuanya
1- Ghofir
2- Fussilat
3- Asy- Syura
4- Az-Zukhruf
5- Ad- Dukhan
6- Al-Jatsiyah
7- Al- Ahqaf


muka pertama Surah Ghofir.
ALLAH mudahkanlah anak2 ini menghafal, memahami, mentadabbur dan mengamalkan Al-Quran
Amin3
Oleh kerana sudah lebih 6 juz  (131 mukasurat) yg Abang Abbudey hafal, saya ingin merakam video untuk kenangan kelak.... tapi masih belum berkesempatan lg (perrghhh alasan semata). ALLAH mudahkan semua urusan kami.. amin3...

Sunday, September 22, 2013

Anak arnab berusia 3 minggu...Alhamdulillah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada bulan lalu, saya ada menulis tentang perihal kami membela arnab hasil dari hadiah dari seorang rakan. Tercatat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/08/penambahan-ahli-keluarga-kami.html

Alhamulillah, beberapa minggu yg lalu, arnab yg disangkakan jantan itu (rupa2nya betina) , telah melahirkan 6 ekor anak.... Tapi hanya 2 sahaja yg masih hidup..(Moga terus sihat dan membesar)

besar tapak tangan sahaja ketika anak2 arnab ini berusia 2 minggu.
gambar di atas pula ialah usianya baru sehari

keluarga arnab ini

Ini pula pada minggu ketiga usia anak arnab ini

MasyaALLAH..
Maha suci ALLAH yang menciptakan makhluk yg comel amat ini...
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...