Saturday, June 3, 2017

Peluang bersama tokoh ulamak dan orang soleh.

بسم الله الرحمن الرحيم

- 21/3/2017

Alhamdulillah.

Cuti sekolah yang ada diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Sentiasa berdoa agar Allah jadikan masa kita sentiasa bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Alhamdulillah pada cuti sekolah bulan 3 yang lalu, Allah beri peluang masa, rezeki, kesihatan dan kelapangan untuk menziarahi Pondok An Nour, Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari, di Janda Baik, Pahang.

Sebenarnya memang sudah lama kami teringin sangat untuk menziarahi pondok tersebut apabila melihat keindahan pondok tersebut yang tular di laman sosial.



Di rumah sheikh

Sheikh meneliti Buku Anakku Super Al-Quran.
Info di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2015/12/alhamdulillah-aku-mahu-anakku-super-al.html

Abdullah tersenyum malu-malu apabila sheikh bergurau dan bertanya:
"Gambar siapa ini?"  di kulit Buku Anakku Super Al-Quran

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga peluang untuk ke sana.

Kami pernah menziarahi Pondok Sheikh Nuruddin ketika di Bogor, Indonesia 3 tahun yang lalu, namun ketika itu Sheikh tiada di sana, namun sempat berjumpa dengan zaujah sheikh. Boleh baca di sini:
Alhamdulillah bonus Allah berikan pada ziarah kali ini, sheikh berada di pondok sebelah pagi sebelum berangkat pulang ke Indonesia pada jam 10 pagi.

Kami berada di sana dari petang hari sebelumnya dan bermalam di sana.


Sheikh Nuruddin menjemput Baba dan kawan baba memberi tazkirah (selepas Subuh)
 dan bercerita tentang
pengalaman mereka bersama Sheikh Nuruddin sejak tahun 90an
di Derang, Kedah
Alhamdulillah anak-anak mendapat pengalaman baru, menambah ilmu, mengasah adab sopan di hadapan sheikh dan orang soleh.
Berjalan di kawasan pondok


Kawasan luar chalet yang bersih dan indah


Suasana pelajar (ketika kami berada di sana) di dalam pondok adalah banyak masa mereka diisi dengan majlis zikir yang panjang di surau.

MasyaAllah.

 Sungguh memberi keinsafan. Moga kita juga tergolong di kalangan orang yang SENTIASA BERZIKIR DAN MENGINGATI ALLAH.


Di situlah chalet tempat kami menginap
Speaker di sekitar pondok sentiasa dipasang jelas.

Walaupun bersama Ahmad Zaid di dalam bilik penginapan, namun majlis zikir, pengajian, solat, Qiamullail yang berlangsung di dalam surau boleh didengari dengan jelas dari speaker yang dipasang di sekitar pondok.


Di Chalet penginapan kami di dalam kawasan Maahad,

Alhamdulillah chalet yang selesa.

Dari sebelum subuh lagi, mereka qiamullail, zikir, solat subuh, zikir, tazkirah, solat dhuha dan zikir.

MasyaAllah memang panjang zikir-zikir mereka. Malahan dari selepas Maghrib hingga selepas Isyak juga mereka berterusan berzikir.

Alhamdulillah, Abdul Rahman dan Abdullah turut sama berkesempatan duduk sama dalam majlis tersebut dari Solat Subuh hingga selepas Solat Dhuha.

Pada malam sebelumnya Abdullah dan Abdullah turut mengikut baba menziarahi sheikh di rumah (dalam kawasan pondok) dan berbincang tentang pelbagai topik, meminta pandangan dan perkongsian ilmu.


Alhamdulillah juga berkesempatan bersama mendengar perbincangan di rumah sheikh
Walaupun mereka hanya mendengar dan melihat sahaja perbualan, namun insyaAllah dalam diam, mereka belajar akhlak, adab sopan dan perbincangan itu membuka minda mereka.

"Mama, adik tak tidur pun, adik tak mengantuk pun. Sheikh kata (secara umum kepada semua orang pada waktu subuh): jangan mengantuk ketika zikir, mesti zikir dengan semangat."

"Sheikh suruh (secara umum) duduk macam ni (duduk antara dua sujud) ketika zikir, kalau lenguh angkat badan, jangan tukar duduk." Cerita Abdul Rahman pula.

Alhamdulillah, sesungguhnya saya amat mengharapkan anak-anak mendapat ilmu,manfaat dan keberkatan dalam majlis bersama para ulamak dan orang soleh.

Mengucapkan selamat jalan kepada Sheikh yang akan ke Indonesia
MasyaAllah, antara butir mutiara kuliah yang dapat saya ambil dari tazkirah sheikh selepas subuh (yang didengari dari speaker dari luar bilik) ialah:

1. Pentingnya zikir dalam hidup manusia.


habis seronoklah tu
2. Peluang dapat berzikir adalah rezeki anugerah Allah yang patut disyukuri, betapa ramai orang yang lalai dari berzikir mengingati Allah.

3. Pujilah Allah, ucaplah Alhamdulillah bila Allah beri peluang kepada kita untuk melakukan amal soleh, qiamullail dan berzikir.

Alhamdulillah. Allah jadikanlah kita hamba-hambaNya yang bertaqwa dan ikutan bagi orang yang bertaqwa. AMIN.



Kenangan Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari tahnik Ahmad Zaid.
Pernah ditulis dalam entri di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2016/01/abd-rahman-abdullah-dan-ahmad-zaid.html

Friday, June 2, 2017

Karya Abdul Rahman: Bulan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah Subhanahu Wa Taala mewajibkan kita berpuasa di Bulan Ramadhan.

Berpuasa di Bulan Ramadhan adalah antara Rukun Islam.

Antara kelebihan Bulan Ramadhan ialah:

1- Bulan Sabar

2- Bulan Sedekah

3- Ada Solat Terawih

4- Syaitan ditambat

5- Bulan puasa

6- Bulan yang diampunkan dosa

7- Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya

8- Pintu neraka ditutup dengan serapat-rapatnya

Semoga kita bersungguh-sungguh beribadah di dalam Bulan Ramadhan.

Tamat.

Thursday, June 1, 2017

Karya Abdullah: Bulan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bulan ramadan ialah bulan puasa.

Puasa ialah tahan makan dan minum. Tahan mata daripada tengok benda yang haram. Tahan mulut dari ejek orang lain.

Bulan puasa ialah bulan sabar.

Kita puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari.

Dengan kepanasan matahari, kita kena minum air tapi Allah suruh kita puasa untuk mengingatkan kita kepada orang fakir dan miskin kerena mereka tiada makanan.

Sesetengah ulama' berkata:
"Allah suruh kita puasa kerana Allah nak kita rasa susah macam orang miskin.

(اللهم بلغنا رمضان وانت راض عنا)

TAMAT...

Wednesday, May 31, 2017

Info buku: 10 Teknik Hafazan Profazz & Membina Keluarga Profazz 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Bacalah sejarah hidup dan gaya hidup orang yang hebat untuk mengetahui rahsia di sebalik kejayaan mereka.

Antara genre buku pilihan yang sering dicari ialah travelog hidup orang yang sudah berjaya dalam pelbagai bidang.

Banyak idea, inspirasi dan teladan yang kita boleh dapati.




Kedua-dua buku ini selesai dibaca disamping buku yang pertama.
(Ada ditulis sedikit di sini:)


Inilah kedua-dua buku tersebut:

Buku tentang teknik menghafaz Al-Quran secara terperinci dan praktikal
Cerita tentang sejarah hidup mendidik anak-anak Profazz


Antara perkara yang menarik dalam kedua-dua buku ini:

1. Teknik menghafaz Alquran secara terperinci dan praktikal (Di dalam buku 10 Teknik Hafazan Profazz).
 Tidak dapat tidak mesti banyak mengulang untuk menghafaz.





2. Perjalanan hidup yang mereka lalui. Susah senang diharungi bersama.

3. Keutuhan semangat untuk tetap mendidik anak dengan acuan Islam walaupun terpaksa pelbagai kekangan termasuk kesempitan wang.




Ilmu adalah keutamaan walau apa sahaja halangan yang datang.

4. Usaha gigih ibu ayah yang bersungguh-sungguh mendidik anak dengan Islam. Tidak hanya menyerahkan tangungjawab mendidik bulat-bulat kepada sekolah.

5. Helaian kertas buku yang berkualiti dan berwarna penuh.

6. Sarat dengan tips dan panduan mendidik yang sangat




7. Ilustrasi yang menarik dan berwarna warni

InsyaAllah banyak semangat dan inspirasi yang anda akan dapat dari buku ini.







Tuesday, May 30, 2017

Rebutlah peluang berpuasa ketika cuti sekolah & ibadah zikir pada setiap masa

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah tahun ini kita dapat berpuasa dalam cuti sekolah (bagi warga sekolah dan yang berkaitan dengannya).

Ada keistimewaan juga apabila dapat berpuasa dalam cuti sekolah.

Pada waktu malam, masjid meriah dengan ibu bapa dan anak-anak yang datang menunaikan ibadah terawih.

Anak-anak juga dapat mengikuti ibadah terawih dan kuliah subuh dengan masa yang lebih lapang dan tidak terkejar-kejar.

Jika tidak ke masjid, mengulang hafazan dan solat terawih berjemaah di rumah.

Pada waktu petang pula, jika mereka dalam keletihan berpuasa, mereka dibenarkan untuk menonton kartun bahasa Arab yang dimuat turun dan dimainkan dalam TV.

Antara kartun yang dimuat turun dipasang di TV


Ia lebih selamat dari terlihat iklan yang macam-macam termasuk iklan air yang tak putus-putus.

Teringat pula ketika kecil dulu, betapa terseksanya jiwa raga apabila terlihat iklan air ketika menonton TV. Menambah rasa kehausan yang amat sangat bagi kanak-kanak ketika Bulan Puasa.

Teringat pula pada rakan-rakan anak-anak di Cianjur yang sentiasa memakai jam tasbih di jari (ketika menziarahi Cianjur pada awal tahun ini. Ada ditulis di dalam entri DI SINI:





Sambil mereka menonton kartun, sambil mereka berzikir dan berselawat dan menekan-nekan jam tasbih itu.

" Depa bertanding sapa banyak lagi selawat sama-sama depa, sapa lagi banyak?." Jelas Abdul Rahman.

"Depa selawat sampai puluh-puluh ribu kali. Bila depa dah habis, depa mula dari kosong balik." cerita Abdullah pula dengan perasaan takjubnya.

Itulah antara manfaat yang didapati dalam ziarah kali ini. 

Ke mana sahaja kita pergi, biarlah ada manfaat yang dapat kita perolehi untuk diamalkan dalam hidup kita.

Itu jugalah yang dilakukan bersama anak-anak.

Cubalah untuk semaikan janganlah ada masa yang terluang yang berlalu tanpa kita mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam.

Teringat pula kenangan di bumi Syria. Rata-rata masyarakat di sana sentiasa ada butir tasbih di jari.
Di dalam bas, service (van) berzikir, di dalam pasar berzikir, sedang berjalan berzikir, sambil tunggu bas berzikir, sambil tunggu pensyarah berzikir....sentiasa berzikir. Hingga kita Orang Malaysia pun terikut-ikut  dengan budaya dan ibadah zikir di mana-mana.

Hampir setiap orang mempunyai tasbih yang khas untuk dirinya sendiri yang sentiasa di dalam poketnya. Rantaian tasbih yang mengingatkan diri untuk sentiasa berzikir dan berselawat. Alah...ibarat setianya Handphone dengan kita sekarang. Sat-sat nak cek Whatsapplah.. sat-sat nak tengok Facebooklah...


Jam tasbeeh yang dibeli dengan harga RM 5 sebuah

1 untuk Abdul Rahman

dan

1 untuk Abdullah


"Adik tengah baca apa tu?"

"Adik tengah baca Astagfirullah, adik takut adik banyak dosa."

Lalu pula depan Abdullah selepas beberapa ketika dan bertanya lagi:

"Adik baca apa?"

"Adik baca Allah....Allah..."

Selepas beberapa minit tanya lagi:

"Adik baca apa?"

"Adik baca Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad." jawab Abdullah tanpa jemu.


Catatan perkongsian Abdul Rahman di dalam grup Whatsappnya.
Grup beberapa orang kawan lelaki di tahfiz lamanya
(dengan pantauan dan menggunakan HP ibu bapa sahaja)

Moga kita tergolong dalam golongan mereka yang banyak mengingati dan berzikir kepada Allah.

Rebutlah peluang masa-masa yang penuh keberkatan di Bulan Ramadhan ini dengan sentiasa berzikir dan berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...