Tuesday, August 29, 2017

Karya Abdullah :Hobi saya


بسم الله الرحمن الرحيم

Dahulu saya tidak tahu apakah hobi saya?

Saya berfikir apa hobi saya?

Saya bertanya mak saya apa hobi saya?

Mak saya berkata:
" Ikut la."

Saya pilih badminton.

Lama kelamaan saya bosan dengan badminton, saya pilih berenang kerana saya baru reti berenang.

Dan lagi sekali saya bosan dengan berenang, saya pilih naik basikal, tapi saya belum reti naik basikal tayar dua.

Hari itu saya berlatih naik basikal tayar dua.

Akhirnya saya berjaya dan sekarang hobi saya ialah berbasikal

Berbasikal ke rumah tok wan sejauh 2 km

Alhamdulillah saya dah boleh bawa basikal 2 tayar!


              Tamat.........

Saturday, August 26, 2017

Karya Abdullah: Kenapa Saya Kena Mencontohi Sifat Rasullullah Sallallah Alaihi Wassalam.?


بسم الله الرحمن الرحيم


Sifat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam  adalah:
Sidik
Amanah
Fathonah
Tabligh.


Nabi Sallahu Alaihi Wasallam  makan dengan  tangan kanan, itu pun daripada sifat nabi MUHAMMAD Sallallahu Alaihi Wassallam.


Sifat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberi rezeki kepada orang yang miskin dan banyak sifat Nabi lagi.

Ayah saya kata kita kena contohi sifat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kerana kita nak menegakkan Agama Islam.

Jika kita contohi sifat-sifat nabi kita akan dapat pahala dan kita akan masuk syurga InsyaAllah.

                        TAMAT..........

Wednesday, August 23, 2017

Belajarlah bersusah dan berniaga

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa minggu kebelakangan ini, anak-anak didedahkan dengan 1 ilmu baru. Iaitu berniaga.

Mereka diminta untuk menjual produk Maahad Al Iman untuk menampung dana Maahad Al Iman.


Jadinya keuntungan tidak masuk dalam poket mereka, sebaliknya didermakan untuk Maahad Al Iman.

Namun baba menjanjikan untuk memberi upah bagi setiap barang yang telah mereka jual.

"Abang dengan adik nak tolong jual Kopi Sawda Al Iman di masjid tak?"

Mereka bersetuju.


Ia adalah satu perkara yang memberikan banyak pelajaran baru bagi anak-anak, antaranya ialah:

1. Belajar bersusah payah dan berusaha untuk membantu agama Allah. Belajar dan lihatlah usaha dan semangat membangun Maahad Al Iman dari tanah yang kosong hingga sudah naik beberapa bangunan kini. 

Kawasan Maahad Al Iman beberapa bulan yang lalu

InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan membina Maahad Al Iman dan mentarbiah anak-anak pelajar.


Kawasan Maahad Al Iman kini

Kawasan Maahad Al Iman kini

Kawasan Maahad Al Iman kini

Asrama puteri

Kawasan Maahad Al Iman kini

Padang Bola

Kawasan Maahad Al Iman kini

Asrama Putera

Kawasan Maahad Al Iman kini

Tapak Masjid

2. Belajar untuk bekerja keras menyiapkan barang dan kotak-kotak, masukkan dalam kereta, keluarkan barang, buka meja lipat, susun barang elok-elok.
Di sana, mereka senang menyusun barang-barang di meja
Semua itu, jika tidak kerana mereka berniaga, mereka tidak akan belajar melakukannya.

Walaupun pada awalnya mereka nampak agak terkial-kial, namun ia menjadi mudah apabila sudah selalu melakukannya.

3. Belajar berkomunikasi.
Banyak tunjuk ajar yang berikan kepada mereka.

"Kalau orang nak mai beli, kena berdiri. Baru nampak kita bersungguh  nak layan pembeli."

Para jemaah sedang  berkerumun membeli produk Maahad Al Iman.

"Lain kali kalau orang datang beli, kena berdiri tau... baru nampak kita bersungguh nak
menjual.:
" Jangan lupa cakap 'terima kasih' dan 'saya jual naa...' kepada pembeli."

Kami bukanlah menyalahgunakan kanak-kanak dan memaksa-maksa mereka meminta sedekah, ia adalah pelajaran tentang usaha.

Moga tiada yang menyalahtafsirkan usaha ini, Ya Rabb!

4. Sementara mereka menunggu di meja jualan, mereka menyalin nota kuliah yang disampaikan oleh baba.

5. Menguji keberanian untuk berkomunikasi dengan orang dewasa dengan penuh adab sopan.

Ia adalah pelajaran tentang akhlak.

6. Belajar mengira wang dan hal ehwal sekitar wang.

7. Sungguh ia adalah ilmu kehidupan yang lebih mencabar dari ilmu di bilik kelas. Ia adalah peluang mempraktikkan semula ilmu yang telah dipelajari di kelas. 

Ia perlu kepada tunjuk ajar dan latihan.


Semoga ia menjadi pelajaran untuk anak-anak agar berusaha kuat untuk meninggikan Agama Islam dan mentarbiah masyarakat.

Kita usaha. Kita doa. InsyaAllah Allah berikan yang terbaik.

Semoga ALLAH membantu kita dan memberi kekuatan untuk mentarbiah anak-anak.


Semoga suasana yang soleh ini memberi kesan dalam diri anak-anak.

Sunday, August 20, 2017

Tarbiah Anak Untuk Tadabbur Al-Quran: Apabila keselesaan ditukar menjadi bencana

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada suatu hari, ketika mengulang hafazan Alquran, hati terfokus kepada ayat Al-Quran di dalam Surah An-Nahl, ayat 112. Ayatnya ialah:





Maksud ayat:
(( Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari ni’mat-ni’mat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.))

Selepas itu sentiasa dibacakan ayat ini kepada anak-anak dan ingatkan kepada mereka agar tidak membazir rezeki.

Apabila makan, jangan membazir, makan sehingga habis. Takut-takut jika kita kufur nikmat Allah, Allah akan gantikan kenikmatan, keamanan dan keselesaan kita kepada kelaparan dan ketakutan.


فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ
"Maka Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan"


Begitulah peringatan yang selalu dipesan kepada anak-anak.

Membazir juga termasuk dalam kufur nikmat.

Namun pada suatu hari, ketika berpesan, Abang Abbudey menjawab:
"Tapi ALLAH kata Allah yang bagi kita keamanan dan bagi makan, ALLAH kata:

Maksud ayat:
(( Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.))

 Alahai...pandailah pulak balas balik dengan ayat Al-Quran jugak:

Terkedu sekejap dengan jawapan Abang Abbudey.

Belum sempat nak jawab apa kepada Abbudey, Abdullah pula jawab:
"Itu orang Quraisy, abang bukan Orang Quraisy."

Erk!!!



(Kerana ayat itu adalah di dalam Surah Quraisy.)

Nota:

Rujukan:

Thursday, August 17, 2017

Karya Abdul Rahman: Keluarga Saya

بسم الله الرحمن الرحيم



Setiap orang mempunyai keluarganya sendiri. Begitu juga dengan saya. 

Saya sangat gembira kerana mempunyai keluarga yang bahagia. 

Pada suatu hari saya dapat seorang adik yang bernama Ahmad Zaid.
Bersama adik-adik saya
Saya sangat gembira kerana dapat seorang adik. Dia sangat comel dan pandai. Dia suka binatang seperti arnab kucing dan burung. 
Ahmad Zaid suka bermain dengan kucing
Saya juga suka burung dan arnab. 

Adik saya lahir di Sungai Petani, Kedah Darul Aman di wisma bersalin Doktor Zainal.

Adik saya suka makan buah pisang dan buah tembikai

Dia takut bunyi mesin pengisar.

Bermain buaian dengan adik-adik

 Pada suatu hari saya ingin mengisar buah tembikai lalu dia menangis

Tamat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...