بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa minggu kebelakangan ini, anak-anak didedahkan dengan 1 ilmu baru. Iaitu berniaga.
Mereka diminta untuk menjual produk Maahad Al Iman untuk menampung dana Maahad Al Iman.
Jadinya keuntungan tidak masuk dalam poket mereka, sebaliknya didermakan untuk Maahad Al Iman.
Namun baba menjanjikan untuk memberi upah bagi setiap barang yang telah mereka jual.
Ia adalah satu perkara yang memberikan banyak pelajaran baru bagi anak-anak, antaranya ialah:
1.
Belajar bersusah payah dan berusaha untuk membantu agama Allah. Belajar
dan lihatlah usaha dan semangat membangun Maahad Al Iman dari tanah
yang kosong hingga sudah naik beberapa bangunan kini.
Kawasan Maahad Al Iman beberapa bulan yang lalu |
InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan membina Maahad Al Iman dan mentarbiah anak-anak pelajar.
Kawasan Maahad Al Iman kini |
Kawasan Maahad Al Iman kini |
Kawasan Maahad Al Iman kini Asrama puteri |
Kawasan Maahad Al Iman kini Padang Bola |
Kawasan Maahad Al Iman kini Asrama Putera |
Kawasan Maahad Al Iman kini Tapak Masjid |
2.
Belajar untuk bekerja keras menyiapkan barang dan kotak-kotak, masukkan
dalam kereta, keluarkan barang, buka meja lipat, susun barang
elok-elok.
Di sana, mereka senang menyusun barang-barang di meja |
Semua itu, jika tidak kerana mereka berniaga, mereka tidak akan belajar melakukannya.
Walaupun pada awalnya mereka nampak agak terkial-kial, namun ia menjadi mudah apabila sudah selalu melakukannya.
3. Belajar berkomunikasi.
Banyak tunjuk ajar yang berikan kepada mereka.
"Kalau orang nak mai beli, kena berdiri. Baru nampak kita bersungguh nak layan pembeli."
Para jemaah sedang berkerumun membeli produk Maahad Al Iman. "Lain kali kalau orang datang beli, kena berdiri tau... baru nampak kita bersungguh nak menjual.: |
" Jangan lupa cakap 'terima kasih' dan 'saya jual naa...' kepada pembeli."
Kami bukanlah menyalahgunakan kanak-kanak dan memaksa-maksa mereka meminta sedekah, ia adalah pelajaran tentang usaha.
Moga tiada yang menyalahtafsirkan usaha ini, Ya Rabb!
Kami bukanlah menyalahgunakan kanak-kanak dan memaksa-maksa mereka meminta sedekah, ia adalah pelajaran tentang usaha.
Moga tiada yang menyalahtafsirkan usaha ini, Ya Rabb!
4. Sementara mereka menunggu di meja jualan, mereka menyalin nota kuliah yang disampaikan oleh baba.
5. Menguji keberanian untuk berkomunikasi dengan orang dewasa dengan penuh adab sopan.
Ia adalah pelajaran tentang akhlak.
6. Belajar mengira wang dan hal ehwal sekitar wang.
7.
Sungguh ia adalah ilmu kehidupan yang lebih mencabar dari ilmu di bilik
kelas. Ia adalah peluang mempraktikkan semula ilmu yang telah
dipelajari di kelas.
Ia perlu kepada tunjuk ajar dan latihan.
Semoga ia menjadi pelajaran untuk anak-anak agar berusaha kuat untuk meninggikan Agama Islam dan mentarbiah masyarakat.
Kita usaha. Kita doa. InsyaAllah Allah berikan yang terbaik.
Semoga ALLAH membantu kita dan memberi kekuatan untuk mentarbiah anak-anak.
Semoga suasana yang soleh ini memberi kesan dalam diri anak-anak.
No comments:
Post a Comment