Sunday, October 1, 2017

Karya Abdullah: Tajuk: sekolah idamanku


بسم الله الرحمن الرحيم


Sekolah idamanku ialah sekolah ayah saya  yang bernama sekolah Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran yang diketuai oleh Ustaz Amri bin Mohd Nason.  

Kami sedang menguatkan bahasa arab.

Maddah sekolah saya ialah: Bahasa Arab, matematik, tafsir, hadis, bahasa melayu, bahasa english.







Hari sukan ialah hari selasa. kami banin bermain bola.

Nama kawan saya ialah Fawwaz, Abdulrahman, Uwais, Irfan, Usayd, Alif.

Friday, September 29, 2017

Ketenangan dari ayat Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah....

Dalam seminggu dua ini, 2 kisah viral tentang remaja yang menyesakkan fikiran masyarakat kita di Malaysia.

Yang pertama tentang kumpulan remaja yang membuat perancangan rapi membakar sekolah tahfiz.

Yang kedua ialah tentang video anak lelaki yang memukul ibunya kerana mahukan wang. Saya hanya tonton 3 saat pertama sahaja dari video tersebut. Tak sanggup nak teruskan menonton.

Allah.... Lemas sangat dengan perkara viral yang negatif sebegini.

Allah...

Dalam hati melonjak-lonjak mengatakan:
" Kita perlu lebih viralkan sisi positif remaja-remaja Islam masakini agar dapat dicontohi oleh remaja lain. Cukup-cukuplah kita viralkan perkara yang negatif sebegini. Sedih rasanya. Inilah anak-anak Islam. Inilah masyarakat kita. Kita perlu berubah kepada kebaikan. Ubahlah diri, keluarga dan masyarakat."

Alhamdulillah.. 

Ayat-ayat Alquran sentiasa ada untuk  menjadi penyejuk di kala ketandusan kepanasan.

Malam itu tadabbur ayat Alquran pada hafazan ulangan yang dihantar oleh Abdullah.

Ulangan Hafazan Abdullah adalah Surah As Soffat.

Apabila Abdullah membaca ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim dan zuriat-zuriatnya yang soleh, hati saya mengatakan:

" Ya, inilah jawapan dari Allah." 

Inilah ayat-ayat dibaca:

Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh lalu baginda dikurniakan
Nabi Ismail dan juga Nabi Ishak

Ketaatan Nabi Ismail kepada perintah ALLAH dan perintah ayahnya
adalah kisah anak soleh yang ditonjolkan di dalam Al-Quran.






Usaha dan doalah selalu agar dikurniakan zuriat yang soleh. Pamerkanlah contoh teladan remaja yang soleh agar dapat dicontohi ramai.



Saya turut bercerita kepada Abdullah dan Abdul Rahman tentang video viral tersebut (tetapi tidak pamerkan kepada mereka video tersebut) dan saya kaitkan dengan ayat yang dibaca oleh Abdullah sebentar tadi.

Doa-doa agar anak-anak dan zuriat kita juga mampu faham, tadabbur dan kaitkan Al-Quran dengan kehidupan kita sepanjang hayat.

Pesan juga kepada anak-anak selepas solat berjemaah agar memasukkan doa ini di dalam doa-doa mereka selepas solat:







Marilah sama-sama kita hidupkan sunnah berpuasa sunnat yang diamalkan oleh
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan doakanlah agar masyarakat kita mekar dengan
pemuda, remaja, anak-anak dan masyarakat Islam yang cemerlang dunia dan akhirat.

Amin

Salam Jumaat.
Mari Baca Surah Al-Kahfi

Wednesday, September 27, 2017

Berita gembira dari Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.

Sangat seronok dengan perkembangan masyarakat yang semakin ramai yang mengaitkan kehidupan harian mereka dengan Alquran.

Semua itu perlu dilakukan berlandaskan ilmu dan guru yang mengajar agar tidak silap mentafsir ayat Alquran.

Itulah pelajaran yang didapati selama menulis tesis sarjana dan phD dalam bidang tafsir dan ilmu alquran.

Ahmad Zaid turut membaca Al-Quran bersama-sama
abang-abang setiap malam.

Dia baca ikut bahasa dia.

InsyaALLAH kita belajar sampai pandai baca dan hafaz Al-Quran ya.


Kesan mereka yang membaca Al-Quran dan menghayatinya:

Takut dan tenang, mengharap kepada ALLAH

Walaupun begitu, sentiasa ada pelajaran baru yang boleh didapati dari Alquran. Ia tidak terhenti dan tidak habis.

Contohnya: 
Walaupun pengkhususan tesis sarjana yang dibuat tentang Surah Yusuf, namun masih ada info baru yang diperolehi ketika mendengar Kuliah Maghrib tentang Tafsir Surah Yusuf di Masjid Berapit.

Kerana itu sebolehnya jika ada masa terluang, sedaya upaya untuk menonton video kuliah LIVE di Facebook. Pelbagai kuliah yang boleh ditonton saban hari. Janganlah dipersiakan peluang dan kemudahan yang Allah berikan ini.

Begitu juga apabila mendengar luahan hati banyak kewangan yang diperlukan untuk pembinaan Maahad Al Iman. 

MasyaAllah, wang sumbangan yang diterima digunakan untuk pembangunan dengan pesat sekali.

Setiap pergerakan perlu kepada kewangan.

Pelbagai usaha dan projek dijalankan.

"Kelas nak dibina, air SADA nak masuk....banyak lagi yang nak dibangunkan. Semua tu nak guna banyakkkkkk duit."




Sijil 'Amil Zakat Maahad Al Iman Li Ulumil Quran


Allah jualah tempat mengadu dan inilah berita gembira dari Allah.



Janganlah takut.

Janganlah bersedih.

Yakinlah pada berita gembira
yang ALLAH berikan kepada
Orang yang beriman dan Bertaqwa





Ada bantuannya. Jangan risau. Jangan bersedih.


Ayat-ayat ALLAH, janji-janji ALLAH memujuk hati


Nak buat apa ni?

Apa lagi usaha untuk dapat cari dana untuk pembangunan Maahad.

Inilah antara usaha di samping usaha-usaha yang lain:

Beristigfarlah, Allah akan beri rezeki dan kekuatan

Beristigfarlah

Allah pasti akan berikan rezeki




Bantulah kami untuk membina ganerasi bertaqwa yang cintakan Islam, berakhlak mulia, cemerlang dunia dan akhirat. Ya Rabb. 

Monday, September 25, 2017

Karya Abdullah: Tajuk: Sepupu saya.


بسم الله الرحمن الرحيم


Sepupu saya ada ramai sangat orang.

Sepupu saya ada sembilan belas.

Saya berjiran dengan beberapa daripada mereka. Uwais,Aufa,Usayd,Azfa dan Ujayr. 

Antara sepupu-sepupu saya

Mereka ada tujuh anggota keluarga manakala kami hanya lima anggota keluarga sahaja, Abdulrahman, Abdullah dan Ahmad Zaid.

Tetapi sepupu yang lain berada jauh dari rumah kami.

Seorang duduk di Baling, seorang lagi duduk di Sungai Petani ada seorang yang duduk dekat dengan kami sikit dia tinggal di Kuala Ketil, Taman Desa Bidara.


TAMAT

Friday, September 22, 2017

Kenangan Lalu Dan Harapan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenangan lalu ketika zaman kanak-kanak seringkali menjengah ke memori.

Walaupun pada ketika kanak-kanak dahulu kita tidak fikir ia adalah satu perkara yang penting, namun bila dewasa ia menjadi panduan dan pengajaran dalam hidup kita.

Apa yang baik itu, contohilah.

Apa yang buruk itu jadikanlah pengajaran.

Seringkali teringat rutin harian abah yang pasti akan bersegera ke masjid dan memanggil adik beradik lelaki untuk turut serta ke masjid setiap kali sebelum azan.

Abah yang sentiasa murah hati memberi sedekah.

Teringat juga abah yang sangat berdisiplin dalam bab masa dan hingga kini kami adik beradik amat takut jika terlewat sampai jika berjanji dengan abah.

Jika nak konvoi ke mana-mana dengan abah, semua pasti akan cepat-cepat sampai ke rumah sebelum tiba masa yang abah tetapkan. Itulah disiplin yang abah tetapkan sejak dari kecik.

Begitu juga teringat abah, mak, pakwa (wan) dan makwa (tok) yang sering bangkit qiamullail, rajin berpuasa sunat, rajin solat dhuha, selalu solat berjemaah. Begitulah rutin ibadah mereka seharian walaupun di usia tua.

Jika balik kampung, itulah yang akan kami saksikan

MasyaALLAH...

Ada harapan dalam hati.

YA ALLAH jadikanlah kami begitu juga. Biarlah anak-anak menyaksikan kami membuat amal soleh. Biarlah kebaikan kami yang tersemat di memori anak cucu dan dicontohi mereka.

Allah ampunilah dosa ibu bapa kami (serta datuk nenek kami) dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga Al-Firdaus.

Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...