Friday, September 29, 2017

Ketenangan dari ayat Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah....

Dalam seminggu dua ini, 2 kisah viral tentang remaja yang menyesakkan fikiran masyarakat kita di Malaysia.

Yang pertama tentang kumpulan remaja yang membuat perancangan rapi membakar sekolah tahfiz.

Yang kedua ialah tentang video anak lelaki yang memukul ibunya kerana mahukan wang. Saya hanya tonton 3 saat pertama sahaja dari video tersebut. Tak sanggup nak teruskan menonton.

Allah.... Lemas sangat dengan perkara viral yang negatif sebegini.

Allah...

Dalam hati melonjak-lonjak mengatakan:
" Kita perlu lebih viralkan sisi positif remaja-remaja Islam masakini agar dapat dicontohi oleh remaja lain. Cukup-cukuplah kita viralkan perkara yang negatif sebegini. Sedih rasanya. Inilah anak-anak Islam. Inilah masyarakat kita. Kita perlu berubah kepada kebaikan. Ubahlah diri, keluarga dan masyarakat."

Alhamdulillah.. 

Ayat-ayat Alquran sentiasa ada untuk  menjadi penyejuk di kala ketandusan kepanasan.

Malam itu tadabbur ayat Alquran pada hafazan ulangan yang dihantar oleh Abdullah.

Ulangan Hafazan Abdullah adalah Surah As Soffat.

Apabila Abdullah membaca ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim dan zuriat-zuriatnya yang soleh, hati saya mengatakan:

" Ya, inilah jawapan dari Allah." 

Inilah ayat-ayat dibaca:

Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh lalu baginda dikurniakan
Nabi Ismail dan juga Nabi Ishak

Ketaatan Nabi Ismail kepada perintah ALLAH dan perintah ayahnya
adalah kisah anak soleh yang ditonjolkan di dalam Al-Quran.






Usaha dan doalah selalu agar dikurniakan zuriat yang soleh. Pamerkanlah contoh teladan remaja yang soleh agar dapat dicontohi ramai.



Saya turut bercerita kepada Abdullah dan Abdul Rahman tentang video viral tersebut (tetapi tidak pamerkan kepada mereka video tersebut) dan saya kaitkan dengan ayat yang dibaca oleh Abdullah sebentar tadi.

Doa-doa agar anak-anak dan zuriat kita juga mampu faham, tadabbur dan kaitkan Al-Quran dengan kehidupan kita sepanjang hayat.

Pesan juga kepada anak-anak selepas solat berjemaah agar memasukkan doa ini di dalam doa-doa mereka selepas solat:







Marilah sama-sama kita hidupkan sunnah berpuasa sunnat yang diamalkan oleh
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan doakanlah agar masyarakat kita mekar dengan
pemuda, remaja, anak-anak dan masyarakat Islam yang cemerlang dunia dan akhirat.

Amin

Salam Jumaat.
Mari Baca Surah Al-Kahfi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...