Saturday, June 1, 2019

Ahmad Zaid menghafaz Surah Al-Mulk

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...

Sebelum berganjak ke usia 4, ada beberapa surah dan ayat Al Quran yang telah dihafal oleh Ahmad Zaid.

Namun usaha perlu digandakan agar Ahmad juga dapat khatam menghafaz Al-Quran seawal usia kanak-kanak jauh lebih hebat dari abang-abangnya, insyaallah.



Setakat ini, Ahmad Zaid sudah menghafaz surah Al-Fatihah, Annas hingga Al-Masad, ayat kursi dan sedang menghafaz Surah Al Mulk.

Pengasuh di nurseri yang mengajar Ahmad menghafaz Surah Al Mulk dan ayat kursi.





Ahmad juga sangat suka mendendangkan nasyid-nasyid yang dipelajarinya di Pasti. 




Insyaallah, doakan Ahmad dapat khatam hafazan Al-Quran dengan cepat, memahami dan mengamalkan Al-Qur'an.

Friday, May 31, 2019

Kisah Ahmad Zaid masuk Pasti


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada penghujung tahun lepas saya dan suami masih ragu-ragu samada ingin masukkan Ahmad Zaid ke pasti ataupun tidak memandangkan tubuh badannya yang kecil.

Namun apabila ada rakan sekerja yang masukkan anak ke pasti, kami fikir akan memudahkan proses Ahmad Zaid di Pasti nanti memandangkan dia ada kawan yang telah dikenalinya.


Antara perkembangan Ahmad Zaid selepas masuk Pasti ialah dia rajin pegang pensil dan mewarna sedangkan sebelum ini dia tidak suka pegang pensil.

Ahmad Zaid juga boleh menulis dengan kedua-dua tangannya.



Abang Abbudey menulis dengan tangan kanan.

Abang Abdullah dengan tangan kiri.

Ahmad Zaid dengan dua-dua belah tangan



 Hari pertama bawa Ahmad Zaid untuk ke pasti, dia tidak mahu masuk.

Hari kedua, kami minta rakan sekerja untuk menghantar Ahmad Zaid ke Pasti bersama-sama dengan anaknya.

Alhamdulillah Ahmad Zaid boleh duduk belajar di Pasti tanpa ditunggu oleh ibu bapa walaupun sehari.

Teringat dulu abang-abangnya ada juga kena tunggu sekejap dan menangis apabila ditinggalkan.


Muka ceria dengan baju pasti


Bersiap sedia untuk ke pasti

Alhamdulillah Ahmad Zaid juga kelihatan juga berzikir, nasyid, baca ayat Al-Quran dan selawat selepas masuk Pasti.

Setiap hari ada sahaja bacaannya.

Alhamdulillah

Thursday, May 30, 2019

Istimewanya Ramadhan 1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

Istimewanya Ramadhan tahun ini.

Syahdunya lebih.

Semangatnya lebih.

Moga dapat istiqamah hingga ke akhir hayat.

Istimewa lagi Ramadhan kali ini bila dapat melakukan ibadah iktikaf setelah bertahun lamanya tidak melaksanakannya kerana anak-anak masih kecil.

Tahun ini, membaca buku untuk lebih mengenali dan mencintai Allah Subhanahu wata'ala.

Apa yang difahami cuba dikongsikan, moga dapat pahala jika ia menjadi ikutan.

Moga Allah merahmati kita dan berikan hati yang ikhlas keranaNya.

Antara status Whatsapp yang dikongsikan.

Moga bermanfaat.





Masjid At Taqwa TTDI yang selesa dan sangat bersih.


Iktikaf di Masjid Kuala Ketil

Tarbiyah Ruhiyyah antara Ahli Sufi dan Salafi.

Banyak input yang membuat kita muhasabah diri betapa kita kurang dalam menimba ilmu meningkatkan kefahaman tentang cinta kepada Allah Subhanahu wata'ala.


Majlis ilmu juga dapat membuatkan iman bertambah dan muhasabah diri untuk lebih dekat dengan Allah Subhanahu wata'ala.

Moga Allah terima amalan kita, menjadikan kita hamba yang soleh, dicintai dan mencintai Allah subhanahu wata'ala.

Amin ..

Tuesday, May 28, 2019

Menghadiri Majlis Penutup Daurah Ramadhan Sheikh Nuruddin di Maahad An Nour 1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak menziarahi dan bermalam di Maahad An Nour di Janda Baik, Pahang, 2 tahun lalu, (boleh baca entri di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2017/06/peluang-bersama-tokoh-ulamak-dan-orang.html ) hati sentiasa rindukan untuk berziarah ke sana lagi dan menghirup nikmat suasana soleh dan majlis ilmu di sana.

Beberapa kali kami merancang untuk menghadiri daurah kitab di sana, namun ada tugasan lain yang menghalang.

Alhamdulillah, sempena cuti sekolah, kami mengambil peluang untuk menghadiri Majlis Penutup Daurah Ramadhan di Maahad An Nour, di samping tujuan pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga di Kuala Lumpur.


Baba yang mula nampak iklan Majlis Penutup Daurah Ramadhan di media sosial dan mengajak kami sama-sama untuk menghadirinya.


Perjalanan kami dari Kuala Ketil bermula jam 11 tengahari. Banyak urusan perlu diselesaikan sebelum berangkat.

Bulan puasa pula, sangat mengantuk ketika berada dalam kereta.

Beberapa kali berhenti di RnR untuk lena sebentar.

Akhirnya kami sampai di Hotel De Palma Ampang jam 3.30. Berehat sebentar dan bergerak ke Maahad An Nour jam 5.30 petang.

Alhamdulillah. Kami sampai di sana jam 6.30 petang.














Masyaallah...

Suasana dan panorama di Maahad An Nour sentiasa memberi ketenangan dalam hati.

Majlis ilmu dan mengisi memenuhi hati.

MasyaAllah.

Indah sekali.

Kerana itulah sering merindui untuk terus berziarah ke sini.

Insyaallah moga kita akan sering dapat berada dalam majlis seperti ini, insyaallah.


Saturday, May 25, 2019

Haiwan peliharaan anugerah dari Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Bagi mereka yang biasa mengikut perkembangan blog ini, tentu tahu antara hobi keluarga kami ialah memelihara haiwan peliharaan.

MasyaAllah...pada hobi ini membuatkan rasa kasih sayang terhadap makhluk Allah itu bertambah.

Banyak haiwan peliharaan yang pernah kami bela di rumah sejak dulu lagi. Arnab, kambing, ayam, ikan....

Hingga kini masih lagi membela pelbagai haiwan peliharaan.

Saya nampak apabila membela haiwan peliharaan juga, membuatkan anak-anak lebih peka dan prihatin terhadap kesihatan dan penjagaan haiwan.

Ia memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak.




MasyaAllah .... Besar-besar sungguh ikan dalam kolam ini. Terasa sungguh ingin memiliki kolam seperti ini


Kucing baru Ahmad Zaid

MasyaAllah... Ahmad Zaid sangat sayangkan kucing ini walaupun ada kalanya dicakar dan digigit oleh kucing

Sikap prihatin Abang Abbudey menyediakan tempat ayam mengeram dari kerusi yang diterbalikkan dan juga jubah yang tak pakai lagi.

Alhamdulillah... kreatif
Allah campakkan sifat kasih sayang dalam hati makhluknya

MasyaAllah...

Cantik corak di badan kucing Ahmad Zaid ini.



Teringat masa kecil Ahmad Zaid teringin nak bela kucing seperti ini, kini Allah perkenankan


Seperti dalam tulisan Abang Abbudey di sini:

https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/08/karya-abdul-rahman-keluarga-saya.html


Jika kucing datang Ahmad Zaid akan duduk dan hulurkan kepalanya dan kucing itu dan gesel kepalanya di kepala Ahmad Zaid. Begitulah setiap kali kucing tersebut jumpa Ahmad Zaid.

Bangun-bangun tidur pun cari kucing.

Kucing ini juga akan menggesel badannya di kepala, muka dan badan anak-anak jika anak-anak sedang tidur..  mungkin ia ingin kejutkan tuannya dan ajak bermain.


MasyaAllah....

Begitulah nikmat kasih sayang anugerah Allah kepada kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...