Saturday, January 2, 2010

MENJEJAKI ISLAM DI BUMI KENYALANG

Suasana Islam di Sarawk tidaklah semeriah di Kedah. Amatlah sukar untuk melihat orang perempuan bertudung dan orang lelaki berkopiah di jalanan, apatah lagi yg bertudung labuh.
Begitu juga gerejanya lebih byk dari masjid yg jrg2 sgt kelihatan. Malahan, masjidnya juga kecil.
Sebuah masjid berdekatan dengan waterfront
Tetapi alhamdulillah sepanjang kami di sana kami dapat bersama2 menunaikan ibadah bersama masyarakat di sana termasuklah bersolat jamaah w.pun hya di rumah. Kami juga sempat bersolat jumaat di sebuah masjid berdekatan dengan kediaman kami di sana berimamkan seorang ustaz yg juga berasal dr Kedah tetapi menetap di Sarawak. Namun aku dapat rasakan untuk menjalankan dakwah Islam di bumi kenyalang ini adalah satu cabaran yg amat susah. Klupun ada ustaz yg sudi menyampaikan kuliah di masjid2, blum tentu ada pendengarnya....

KECILNYA DUNIA INI
Siapa sangka semasa percutian kami di Sarawak, secara tidak langsung aku mengetahui anak Hj.Yusuf yang sentiasa membawa kami ke sana ke mari dengan Unsernya itu adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Islah. Iwan (yg aku tidak tahu nama sebenarnya) baru shj selesai SPM tahun lepas setahu aku sempat bersekolah di Islah dalam ting.2 seatu masa dahulu.

Iwan (berbaju belang) menolong memunggahkan bagasi dari van
Selepas itu keluarlah nama Mlmh Che Mahani, mlm n mlmh2 yg lain, Al-Munzir, Irfan dan bekas sahabat2nya di sana.

UJIAN MUSAFIR BERSAMA ANAK KECIL

Alia n Abdullah
Membawa anak kecil dalam perjalanan yg jauh sebenarnya bukanlah satu perkara yg mudah. Kena byk bersabar dan adakalanya menyebabkan ibu bapa hlg sabar apabila keletihan.
Abdullah dengan perangai berguling2 kerana merajuk dan marah
Begitulah keadaan aku ketika di Sarawak. Biasalah budak2, bila panas dan keletihan tentu akan meragam hgga memeningkan ibu bapa.

Abbudey yg gian untk membawa bot
Lebih2 lg Abdullah yg baru brusia setahun. Namun semuanya memberi pengalaman musafir kepada kami. Kalau takda kesusahan, tiadalah kesenangan.

Aksi menyalin pampers di water front.....huhuhu
Tetapi, terasa kelakar dan seronok melihat Abbudey keseronokkan apabila dapat menaiki kapal terbang dan berjalan2 di Sarawak.
Abbudey yg merenung bumbung kapal terbang
Loghat Abbudey bertanya itu dan ini, bernasyid dan rancak bercakap.
Manahan Abdullah dari terjun ke dalam sungai
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman aku sekeluarga selama seminggu di Sarawak.

Pakcik yep n Abbudey
Memang benar perjalanan dan pengembaraan byk memberi pengalaman dan mendewasakan kita. Melihat kehidupan dan budaya masyarakat lain byk memberi kematangan minda. Itulah kelebihan org yg mengembara ke tempat lain.

                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

Abbudey yg kepenatan dan cemuih menunggu kapal terbang x sampai2 lg ke Airport Penang....
Kerana itu jugalah, aku memasang impian untuk terus mengembara termasuklah ke Eropah dan negara Barat, melihat ciptaan Allah, menekuni makhluknya yg bernama manusia, mengetahui budaya masyarakat lain. Semua itu menambah ilmu dan menajamkan pemikiran.

2 comments:

  1. Begitu rupanya bandar Kuching. Kiranya mcam Islam di semenanjung dalam tahun 60-an lagilah.

    Patutlah PAS masih belum tertembus di Sarawak. Moga2 rakyat Sarawak segera mendapat hidayah ALLAH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...