Thursday, April 21, 2011

kepentingan dan faedah membuat kraf

Abdul Rahman n Abdullah sering melakukan kraf bersama2..Mungkin ramai yg masih tertanya2 (dan saya sendiri pernah ditanya) apakan faedah dan pentingnya kanak2 melakukan aktiviti kraftangan ini??

Kali ini saya akan kongsikan bersama kepentingan dan manfaat melakukan kraf bersama anak2:

1- Dapat menyalurkan kreativiti dan imiginasi anak2 anda dan membuatkan mereka sentiasa berfikir dan mengaktifkan otak mereka..

2- Memperoleh maklumat2 asasi dan penting seperti mengenal warna, nombor, huruf, bintanang dan byk lagi.

3- Melatih dan mendidik anak2 supaya bertenang dan mengawal tingkahlaku ketika melakukan aktiviti ini.

4- Hampir semua seni kraf dapat memajukan koordinasi tangan-mata.

5- Meningkatkan prestasi motor halus (fine motor skill)

6- Anak-anak dapat memperoleh manfaat dan mengetahui bagaimana menggunakan peralatan asas, seperti gunting, gam, warna, water colour, berus warna, benang, seletep dan byk lagi.

7- Mereka juga belajar ttg sains...apa yg berlaku jika mereka melakukan sekian2 perkara...(punca dan akibat!)
8- Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.


9- membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,

10- memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,

11- pemerhatian secara aktif

12-Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
13-Memupuk nilai menyayangi dan menghargai segala benda yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara alam sekitar, kebersihan dan kepekaan.
14-Membuat kraf dapat membantu anak-anak belajar nilai-nilai pendidikan, seperti belajar lebih lanjut tentang matematik dengan mengenalpasti bentuk dan saiz. Mereka akan dapat mempelajari lebih lanjut tentang warna dan bentuk, belajar bagaimana mengukur menggunakan pembaris, dan amalan menggambar dan mewarnai. Kegiatan ini membolehkan mereka untuk mengekspresikan diri mereka lebih baik, sehingga membantu mereka mengatasi masalah mereka mungkin telah ada di sekolah.

15- Membuat kraf bersama anak2 juga adalah peluang keemasan bagi ibu bapa untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka. Mereka pasti akan berinteraksi lebih banyak, dan lebih saling mengenal sikap, kecenderungan dan minat anak2.

JADI....ANDA TENTUKAN SENDIRI INGIN MELAKUKAN AKTIVITI KRAF BERSAMA ANAK2 @ TIDAK??



maklumat lanjut ttg kepentingan dan faedah kraf bagi anak2 blh layari web-site di bawah:
http://kraftworldlinks.blogspot.com/2010/11/importance-of-doing-craft-with-your.html

http://kidskouch.wordpress.com/2010/11/02/craft-classes-on-saturdays/

http://hubpages.com/hub/entertaining-toddler-craft-ideas



              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

2 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T, dan salam perkenalan berutus senyuman.
    Selama ini saya hanya mengikut blog ini sahaja. Terkejut juga akak ada sediakan ruangan kraf ini. Tahniah akak, sudah bina kreativiti anak-anak melalui aktiviti crafting ini. Saya yang sebelum ini berkraf untuk berniaga rasa sangat teruja apabila baca entri ini rupa-rupanya luas lagi kraf ini untuk diketengahkan. Teruskan akak...semoga anak-anak akak membesar sebagai anak-anak yang soleh dan hebat peribadinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...