Monday, May 27, 2013

Kebahagiaan seorang pencinta kucing =P

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah menulis tentang impian Abdullah untuk membela kucing di sini dahulu. 

Oh perasan pencinta kucing yang sensatif adakalanya susah nak difahami oleh mereka yang tidak berapa sukakan kucing.huhu

Baru2 ni, apabila pergi ke pasaraya, Abdullah nampak makanan kucing, dia meluahkan rasa teringinnya untuk membeli makanan kucing tersebut untuk kucing-kucingnya (mana rumah kita ada bela kucing).

Jadi, sekarang ini Abdullah akan memberi makan mana2 kucing yang datang ziarah ke rumah. Dan tempat makan  tetap kucing ialah di pintu belakang.


tempat makan tetap kucing,
di pintu belakang

Abdullah memberi makan kepada kucing sambil menyampaikan nasihat 
Membantu mama siang ketam dan udang.
Kulit udang itu juga dijadikan hidangan kepada kucing

kebahagiaan seorang pencinta kucing

Jadi walaupun kucing tersebut lalu di halaman depan, apabila kucing itu masuk ke dapur, ia akan tunggu pintu belakang dibuka. Apabila pintu belakang dibuka, menderulah kucing tu lari keluar dan tunggu makanannya dihidangkan. Pandailah pulak kucing ni.

Saya pesan kepada Abdullah minta dia nasihat kepada kucing2nya (padahal kucing liar ataupun kucing jiran) yang diberi makan supaya jangan 'membuang' di rumah kami. Sila 'membuang' di longkang...Abdullah pun sampaikanlah pesanan tersebut kepada kucing2 yg sedang makan itu dengan penuh perasaan, tapi tak tahulah kucing itu taat ke tidak dengan pesanan tersebut. Harap2 mereka taatlah.
=)

4 comments:

  1. bagusnya Abdullah =) anak akak takut sangat dengan kucing, sebab dia pernah kena cakar dulu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Abdllah sahaja yg suka kuucing. Abdul Rahman agak takut dengan kucing.. Tapi bila tengok adiknya seronok main dengan kcing, dia pun nak join sekali. Dia agak takut kalau kucing agak aktif dan meloncat2 =P

      Delete
  2. Aisyah, sama macam Fateh dgn Jawwad, dua 2 suka kucing, sampai menangis kalau jumpa kucing, ibu tak bagi bawa balik.....hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya lepas ni kak inah kena bela kucing di rumah =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...