Tuesday, May 14, 2013

Perancangan KUKUH dan RAPI untuk mendidik anak2 dengan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


* Mencuri masa menulis blog

Perjalanan masa meniti hari dirasa amat padat, kusut dan penuh dengan pelbagai tugasan.



Alhamdulillah.

Ditambah juga dengan jadual anak2 yg sudah mula sekolah, kadang2 jadual untuk mendidik anak2 dengan Al-quran menjadi sedikit 'lemau' .

ALLAH hindari kami rasa 'lemau' itu. Perjalanan mendidik anak dengan AL-quran masih jauh dan banyak yang berbaki lagi.

Untuk memperkuatkan lagi keazaman untuk mendidik anak dengan AL-Quran, saya merancang jadual dan memperkuatkan lagi perancangan. (konon2nya lah...huhu =)

Dan sebenarnya, tiada orang lain yang boleh membantu kita mendidik anak2 dengan Al-Quran melainkan diri kita sendiri yang memotivasikan diri kita dan menguatkan diri kita.

Doa di hujung malam itulah yang menjadi kekuatan bila semangat menjadi 'lemau'.

Perancangan terbaru saya  yang dah dilakukan beberapa hari kebelakangan ini
(yang tak berapa baru, cuma saya berazam untuk mengikut perancangan ini):


jadi, dalam perjalanan ke sekolah, saya akan minta
Adik Abdullah dan Abang Abbudey
memperdengarkan hafazan surah baru mereka.

Jika ada sedikit masa terluang, saya akan 'tebuk' (tanya)
mereka dari pelbagai surah2 lama.

p/s: adakalanya tidak dapat lakukan jika anak2 terlampau letih dan tertidur dalam kereta.

perjalanan pualng dari sekolah pula biasanya mesti tertidur dalam kereta, anak pun mesti tertidur
keletihan

Pada waktu petang, biasanya anak2 akan keluar bermain. 

Maghrib pula siap2 untuk makan malam dan mula buat homework.


Malam2 jika anak selesai homework, jika ada kelapangan, saya akan minta mereka ulang
hafazan surah2 lama.

Adakalanya mereka letih dan homework banyak, jadi, tak sempat nak minta mereka ulang hafazan lama.
ALLAH beri kami kekuatan dan permudahkan urusan kami untuk menjaga , menghafaz Al-Quran dan meneruskan perjuangan Islam. amin2.


5 comments:

  1. as salm,

    boleh share macam mana nak ajar anak membawa jawi?
    tengah mencari2 idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Maaf saya pun tak tahu cara nak ajar anak baca jawi sbb mereka belajar di sekolah, tetapi bila anak itu sudah pandai membaca Al-Quran ia akan mudah untuk membaca jawi.

      Delete
  2. ustazah nk tnye..mcm muhammad ni macam mane saye nk ajar die supaye keluarkan ape yg die hadam selame ni..maksudnye die boleh duduk depan kite bace sebab bile die tengah tebuk2 bace sambil main, die nampak saye duk perhatikan bacaan die, die terus je sadaqallahualazim

    atau sebenarnya belum sampai mase die yg duduk nk cerna bacaan die? abdudey dgn adik umur brp ustazah boleh train bace sampai habis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum UM

      1- Berapa usia Muhammad ye skrg?
      2- cuba minta abinya pula yg tyakan kepadanya.
      3- 1st time Abbudey baca al-quran dah lupa bila? tapi Abdullah 1st time baca al-quran ketika di sini kot:

      http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/03/adik-abdullah-berusia-2-tahun-menghafal.html

      rasanya, ini adalah detik2 pertama Abdullah memperdengarkan bacaannya...kalau tak silap

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...