Saturday, December 15, 2012

Sempat ke nak baca buku??

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada yang bertanya kepada saya bagaimana saya sempat untuk baca buku sampai habis?? Buku2 yang pernah saya baca, ada yang saya akan kongsikan isi buku tersebut di sini dan di sini.

Kalau anda bayangkan saya duduk berjam2 untuk membaca buku, anda silap.

Saya cuma boleh baca buku jika ada masa lapang, wajibnya sebelum tidur. Sampai Abbudey tanya:
"Kalau nak tidur, mesti baca buku ke?"

Adakalanya boleh baca banyak, kadang2 setengah muka surat sahaja atau kurang (kerana terlalu letih).



Yang penting, nasihat Dekan Kuliah Dakwah di Mujamma' Sheikh Ahmad Kitaro (Dr. Bassam Ajek) supaya setiap hari mesti baca buku sentiasa berkobar2 dalam hati! saya pernah menulis tentang ini tiga tahun lalu di sini.

dr. Bassam Ajek
Malahan budaya membaca buku di dalam bilik ini juga saya lihat dari Ibu bapa saya sejak dari kecil. Sekarang Abbudey pula lihat saya begitu. Dan saya juga ingin menerapkannya kepada Abbudey. 

Bacalah buku setiap hari!

Bukan bermakna membaca waktu nak tidur sahaja, tapi kalau tiada masa sangat, bacalah sebelum tidur dari tidak membaca langsung kan?

kotak buku dan rak  diletak di bahagian atas kepala katil anak2 
  
Minat kepada jenis buku juga boleh berubah2 mengikut perubahan usia.. Kalau masa kecil dulu suka buku kartun, bila dah remaja minat novel, dan bila dah dewasa pula minat buku2 selain itu pula.




Antara kategori buku yang paling saya minati ialah: travelog, motivasi, muhasabah diri & parenting

Antara penulis yang saya minati ialah: Ustaz Hasrizal, Prof Kamil Ibrahim, Puan Jamilah Samian, Kak Ummu hani Abu Hassan.

kotak buku yg diletak ditepi katil.
Ada juga buku anak2 di sini...

Dan saya juga mempunyai cita2 untuk perbanyakkan membaca buku2 bahasa Arab (Nasihat saya kepada diri sendiri, rasa terketuk kepala ni!). Dah pandai Bahasa Arab, tapi malas pula baca buku dalam Bahasa Arab (Nanti berkarat bahasa). Baca buku dalam Bahasa Melayu kemain semanngat lagi...huhu

Moga cita2 saya ini tercapai. Amin.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...